Home

1 careline


 




Who's Online

We have 5 guests online

 


Are countries in Asia on track to meet Target 10 of the Millennium Development Goals

Download the full document


NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH DUNGUN
KAWASAN TERLIBAT TARIKH MASA SEBAB-SEBAB
seluruh kawasan Kg. Pinang Merah 16-05-2012 9.00 pg
hingga
4.00 ptg
kerja-kerja pengubahsuaian paip sedia ada di Kg. Pinang Merah

seluruh Kg. Pinang Merah 17-05-2012 9.00 pg
hingga
4.00 ptg
Kerja-kerja potong tee di Kg. Pinang Merah Line C.

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH HULU TERENGGANU
KAWASAN TERLIBAT TARIKH MASA SEBAB-SEBAB
Perumahan Taman Che Ngah, Kg. Tok Gebok Lama, sebahagian kawasan belakang sawmill Low Fatt, dan kawasan-kawasan di sekitarnya.
20-05-2012 9.00 pg
hingga
7.00 ptg
Kerja-kerja Potong Tee di bangunan bengkel baru jalan Tok Gebok lama.
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH BESUT
KAWASAN TERLIBAT TARIKH MASA SEBAB-SEBAB
Sebahagian Kg Paya Rawa dan kawasan sekitarnya.
20-05-2012 8.00 pg
hingga
12.00 t/hari
Kerja-kerja pemasangan injap salur di Kg Paya Rawa

Sebahagian Kg Alor Lintah, Kg Kubang Bemban, Kg Lapan Kotak dan kawasan sekitarnya.
20-05-2012 2.00 ptg
hingga
6.00 ptg
Kerja-kerja pemasangan injap salur di simpang Kg Kubang Bemban

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH KUALA TERENGGANU
KAWASAN TERLIBAT TARIKH MASA SEBAB-SEBAB
SEBAHAGIAN DARI TAMAN DARUL IMAN PALOH ( DEPAN MASJID JAMEK PALOH ) - SEBANYAK 15 BUAH RUMAH
13-05-2012 09.00 pg
hingga
06.00 ptg
PEMASANGAN / PENUKARAN INJAB SALUR SEDIADA YANG ROSAK SERTA KERJA PEMBAIKIAN PAIP BARU YANG BOCOR - UNIT NRW & PEMBANGUNAN
PDF Print E-mail

DERMA SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD. (SATU)


Kuala Besut, Haji Husain bin Embong Ketua Pegawai Eksekutif SATU telah menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa rumah terbakar di perkampungan nelayan di Pulau Perhentian Kecil dalam bentuk wang tunai dan hamper semasa lawatan kerja beliau ke Pulau Perhentian pada 8 hingga 9 April 2012.


Dalam kejadian tersebut dua buah rumah milik Abdullah bin Omar dan Mat Sharaff bin Hamzah telah musnah sama sekali. Kini kedua-dua mangsa menumpang dan menyewa di rumah jiran-jiran.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU berharap bantuan kecil yang diberikan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kedua-dua keluarga ini. Ini adalah sebahagian daripada Program Tanggungjawab Korporat yang dijalankan oleh SATU kepada mereka yang memerlukan, kata beliau.

Beliau menambah kini SATU telah menyiapkan projek bekalan air ke seluruh Pulau Perhentian dan semua pengusaha resort boleh memohon bekalan air bersih ke resort masing-masing. Permohon boleh mengemukakan permohonan bekalan air di Pejabat SATU Daerah Besut, Kg Raja, tambah beliau.


 


 
PDF Print E-mail

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD BAGI TAHUN 1433H

Para peserta bangun berselawat ke atas Junjugan Besar Nabi Muhammad S.AW

 

Februari 20 – Bagi memperingati ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada setiap 12 Rabiulawal setiap tahun, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah mengadakan satu majlis Maulidur Rasul yang bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman di sebelah ibupejabat SATU. Jemputan adalah terdiri daripada semua staf Ibupejabat dan daerah. Majlis yang bermula pada jam 10 pagi dimulai dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Che Zakaria bin Salleh.


Dalam ucapan aluan majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Tuan Haji Husain bin Embong, mengulas berkenaan keperibadian dan sifat mulia Nabi Muhammad S.A.W yang perlu dicontohi oleh semua sebagai lanjutan diadakan majlis Maulidur Rasul ini.


Majlis juga turut menjemput penceramah luar iaitu Yang Dihormati Dr. Manam bin Mohamad daripada Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. Beliau dijemput untuk memberi ceramah berkaitan dengan Kelahiran Rasulullah S.A.W. yang membawa Keberkatan dan Kemuliaan.


Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan Sirah Rasulullah oleh Encik Mohd Rashid bin Ali yang memimpin seramai 30 orang staf SATU dan diserikan lagi dengan bacaan selawat beramai-ramai oleh semua hadirin.

 

Read more...
 
PDF Print E-mail

LAWATAN KERJA KE LOJI AIR PETRONAS DI SERDANG, DUNGUN


Februari 16 – Satu lawatan kerja telah dibuat ke Loji Air Petronas di Serdang, Dungun baru-baru ini. Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Tuan Haji Husain bin Embong, disertai juga oleh pasukan pengurusan daripada Ibupejabat dan Daerah. Rombongan telah disambut oleh Pengarah Urusan Veoliawater (Dungun) Sdn Bhd, Encik Mat Azam Hanafiah dan juga pihak pengurusan loji berkenaan.


Loji Air Petronas adalah merupakan sebuah loji rawatan air yang dibina oleh Petronas untuk membekalkan air bersih yang dirawat ke kawasan-kawasan industri syarikat berkenaan. Ianya dikendalikan oleh VEOLIA yang diberi kontrak penyelenggaraan dan operasi bagi menguruskan loji rawatan air oleh pihak Petronas / Gas Supply (Labuan) Sdn Bhd., sebuah syarikat 100% milikan Petronas. Pihak VEOLIA mempunyai teknologi yang mantap dalam kaedah perawatan air bersih bagi mengurangkan kekeruhan, menguruskan qualiti mikrobiologi dan meningkatkan kebersihan air yang dirawat. Lawatan bertujuan untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat kaedah VEOLIA itu. Dalam lawatan berkenaan, mereka telah dibawa melawat Pusat Kawalan loji berkenaan, Makmal Ujian Air serta empangan buatan manusia bagi bekalan air mentah loji.

 

 

Read more...
 
PDF Print E-mail

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN TALIAN ADUAN SATU 1-300-88-2111

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Tuan Haji Husain bin Embong (kedua dari kiri) Ghazali Omar (kedua dari kanan) bertukar dokumen dengan disaksikan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said (tengah) Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail, Pegawai Kewangan Negeri (kiri) dan Bernard Chin, Naib Presiden, Business Process Outsourcing (BPO) VADS (kanan).

22hb September 2011 - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah melancarkan TALIAN ADUAN SATU 1-300-88-2111 hasil kerjasama dengan VADS Berhad (VADS), rakan penyumberan luar pusat panggilan pelanggan yang terkemuka di Malaysia. Majlis yang berlangsung di Riyaz Heritage Marina & Spa, Pulau Duyung telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Penyempurnaan majlis berkenaan telah diiringi oleh Tuan Haji Husain bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif SATU dan Ghazali Omar, Ketua Pegawai Eksekutif VADS.

 

Read more...
 
PDF Print E-mail

SPAN: PENYERAGAMAN DALAM KAEDAH PERBEKALAN AIR DAN PENGENAAN FEE, CAJ DAN DEPOSIT YANG BERSAMPINGAN DENGANNYA

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Y. Bhg. Tuan Haji Husain bin Embong sedang menyampaikan ucapan aluan sempena program taklimat berkaitan dengan perkhidmatan air.

12 Oktober 2011 (Rabu) – Berlangsung di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman baru-baru ini, satu taklimat berkenaan Penyeragaman Dalam Kaedah Perbekalan Air dan Pengenaan Fee, Caj dan Deposit Perkhidmatan Air telah diadakan. Taklimat telah disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada Ibupejabat iaitu Ir.Muhamad Sobri bin Zakaria, Ketua Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan bersama-sama dengan wakil SPAN Wilayah Timur, En. Zaidi bin Ahmad, Eksekutif Standard Teknikal dan Pematuhan.

 

Read more...
 

SAMBUTAN SEMARAK MERDEKA 2011

24 September 2011 - Sambutan Semarak Merdeka 2011 bertempat di Dataran Jerteh Souq, Jerteh, Besut berlangsung seawal 7:00 pagi. Seramai lebih 35,000 pengunjung telah membanjiri dataran tersebut untuk menyaksikan pelbagai acara menarik yang telah di atur.

Semarak Merdeka 2011 bukan saja menghimpunkan kontigen dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), badan bukan kerajaan (NGO), jabatan-jabatan kerajaan, warga pendidik serta pelajar-pelajar sekolah malah menghimpunkan tokoh-tokoh kemerdekaan negara serta individu-individu yang berjaya dalam kerjaya dan menjawat jawatan tertinggi dalam sektor awam serta swasta peringkat nasional.

Read more...
 
«StartPrev12NextEnd»

Page 1 of 2


    
        
Biro Pengaduan Awam   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam   E-Pembelajaran Sektor Awam      MySMS
 
PENGUMUMAN
Adalah dimaklumkan
bahawa pihak Agensi
EON Bank telah
menamatkan perkhidmtan
melalui Perbankan Internet
secara rasmi pada
4 Mei 2012

Oleh yang demikian
tiada transaksi yang
akan dilakukan melalui
saluran Perbankan EON
selepas tarikh tersebut
Sebarang pertanyaan
boleh terus menghubungi
pihak EON Bank
untuk mendapat
penjelasan lanjut.


KENYATAAN SEBUTHARGA


IBU PEJABAT
Untuk maklumat lanjut

klik disini


DAERAH BESUT
Untuk maklumat lanjut

klik disini


DAERAH MARANG

Untuk maklumat lanjut
klik disini


PENERIMA TENDER


NO.KONTRAK:
-
TENDER:
Mencetak, membekal dan menghantar Thermal Paper ke Sykt. Air Trg. untuk tempoh dua(2) tahun

NAMA SYARIKAT:
Intra Bekal(M) Sdn Bhd.,
Seri Kembangan
Industrial Estate,
43300 Seri Kembangan
Selangor

HARGA:
RM 255,000.00

TARIKH KONTRAK:
24 Julai 2011 - 23 Julai 2013

Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam. Kerana Dialah Pencipta air yang menjadi sumber kehidupan sejagat.