|
SPAN: PENYERAGAMAN DALAM KAEDAH PERBEKALAN AIR DAN PENGENAAN FEE, CAJ DAN DEPOSIT YANG BERSAMPINGAN DENGANNYA

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Y. Bhg. Tuan Haji Husain bin Embong sedang menyampaikan ucapan aluan sempena program taklimat berkaitan dengan perkhidmatan air.
12 Oktober 2011 (Rabu) – Berlangsung di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman baru-baru ini, satu taklimat berkenaan Penyeragaman Dalam Kaedah Perbekalan Air dan Pengenaan Fee, Caj dan Deposit Perkhidmatan Air telah diadakan. Taklimat telah disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada Ibupejabat iaitu Ir.Muhamad Sobri bin Zakaria, Ketua Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan bersama-sama dengan wakil SPAN Wilayah Timur, En. Zaidi bin Ahmad, Eksekutif Standard Teknikal dan Pematuhan.
|
|
Read more...
|
|
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN TALIAN ADUAN SATU 1-300-88-2111

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Tuan Haji Husain bin Embong (kedua dari kiri) Ghazali Omar (kedua dari kanan) bertukar dokumen dengan disaksikan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said (tengah) Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Abdul Razak Ismail, Pegawai Kewangan Negeri (kiri) dan Bernard Chin, Naib Presiden, Business Process Outsourcing (BPO) VADS (kanan).
22hb September 2011 - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah melancarkan TALIAN ADUAN SATU 1-300-88-2111 hasil kerjasama dengan VADS Berhad (VADS), rakan penyumberan luar pusat panggilan pelanggan yang terkemuka di Malaysia. Majlis yang berlangsung di Riyaz Heritage Marina & Spa, Pulau Duyung telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Penyempurnaan majlis berkenaan telah diiringi oleh Tuan Haji Husain bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif SATU dan Ghazali Omar, Ketua Pegawai Eksekutif VADS.
|
|
Read more...
|
|
|
SAMBUTAN SEMARAK MERDEKA 2011
24 September 2011 - Sambutan Semarak Merdeka 2011 bertempat di Dataran Jerteh Souq, Jerteh, Besut berlangsung seawal 7:00 pagi. Seramai lebih 35,000 pengunjung telah membanjiri dataran tersebut untuk menyaksikan pelbagai acara menarik yang telah di atur.
Semarak Merdeka 2011 bukan saja menghimpunkan kontigen dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), badan bukan kerajaan (NGO), jabatan-jabatan kerajaan, warga pendidik serta pelajar-pelajar sekolah malah menghimpunkan tokoh-tokoh kemerdekaan negara serta individu-individu yang berjaya dalam kerjaya dan menjawat jawatan tertinggi dalam sektor awam serta swasta peringkat nasional.
|
|
Read more...
|
|

Water Expo 2012
An International Water Exhibition dealing with the various aspects of the water industry like: technological advancements, water treatment, management, supply, infrastructure, conservation, recycling, compliance, research and development, etc. Water Expo is all about exhibiting technologies, identifying opportunities, forging collaborations, cultivating partnerships and intensifying business in the water sector.
|
|
|
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI
BAGI KAKITANGAN SATU YANG BARU 08/2011
25 Ogos 2011 - pada hari khamis baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus induksi yang telah diadakan di Pusat latihan TM di Medan Jaya. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Y.Bhg. Tuan Haji Husain bin Embong. Majlis juga dihadiri oleh Pengurus Pentadbiran & Korporat, Encik Rosli bin Latif dan Pengurus Operasi Kanan, Tuan Ir. Haji Abdul Aziz bin Abdullah, serta Pengurus-pengurus Daerah dan Pengurus-pengurus Bahagian.
Kursus berkenaan diadakan bagi memberi pengetahuan dan pengenalan kepada kakitangan baru berkenaan alam pekerjaan di Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. Ianya telah diadakan selama enam hari iaitu bermula di Ibupejabat SATU selama tiga hari dan tiga hari lagi berkampung di Pusat latihan TM, Medan Jaya.
Peserta-peserta kursus adalah merupakan 69 kakitangan baru SATU yang mendaftar diri pada 15 Ogos 2011 baru-baru ini. Mereka adalah terdiri daripada 15 orang Pegawai Teknik, 16 orang Pembaca Meter Air, 16 orang Jurugegas dan 22 orang Operator Loji. Daripada jumlah berkenaan terdapat lapan orang staf lama SATU yang mendapat jawatan kenaikan pangkat.
>>> Galeri foto |
|
|
|
|
KENYATAAN SEBUTHARGA
PENERIMA TENDER
|