Pembayaran Bil Air Melalui JomPAY

Most Hit

 

Dengan menggunakan saluran pembayaran JomPAY, pelanggan boleh membuat pembayaran bil air secara dalam talian melalui mana-mana 40 institusi perbankan di Malaysia. Untuk membuat pembayaran melalui JomPAY:

 

  1. Log masuk ke perbankan internet anda melalui komputer atau telefon mudah alih anda.
  2. Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
  3. Masukkan:
    1. Biller Code (wajib) : 8144
    2. Ref-1 (wajib): No. Akaun air anda
    3. Ref-2 (tidak wajib): No. bil air anda
  4. Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.

Cetak   Emel