Dengan menggunakan saluran pembayaran JomPAY, pelanggan boleh membuat pembayaran bil air secara dalam talian melalui mana-mana 40 institusi perbankan di Malaysia. Untuk membuat pembayaran melalui JomPAY:
- Log masuk ke perbankan internet anda melalui komputer atau telefon mudah alih anda.
- Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
- Masukkan:
- Biller Code (wajib) : 8144
- Ref-1 (wajib): No. Akaun air anda
- Ref-2 (tidak wajib): No. bil air anda
- Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.