Mengenai SATU

Syarikat Bekalan Air Terengganu (SATU) ditubuhkan pada 18 November 1997. SATU berhasrat untuk menjadi pembekal air utama di negeri Terengganu. Visi SATU adalah untuk mengekalkan air bersih yang berkualiti dan berterusan menambah baik kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan permintaan pengguna.

Bagi mencapai visi, SATU turut menambah baik perkhidmatannya dari segi piawaian bekalan air di Terengganu, memenuhi keperluan air di kalangan pengguna, membuat perancangan awal dalam memenuhi syarat air di masa hadapan dan menyediakan perkhidmatan yang cepat dengan cara memberikan keutamaan kepada pelanggan.

Selain itu, SATU turut menguruskan bekalan air secara efektif dan mengawal kerugian non revenue water(NRW). SATU turut menyokong perkembangan yang panjang, pemeliharaan alam sekitar serta mendidik komuniti mengenai kepentingan menghargai air dan penjimatan air.
Membekalkan Air Bersih Bermutu Tinggi dan mencukupi disamping terus meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pengguna.
Ke Arah Sebuah Organisasi Bekalan Air Terulung Di Negara Ini.
Selain dari aktiviti utama membekal air bersih yang berterusan kepada pengguna, SATU akan terus meningkatkan perkhidmatan untuk :

  • Memperbaiki dan menaikkan lagi taraf bekalan air di Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Memenuhi keperluan air untuk semua pengguna.
  • Merancang awal untuk memenuhi keperluan air masa depan.
  • Menyedia perkhidmatan yang lebih responsif dan mengutamakan pelanggan.
  • Mengurus perbekalan air secara berkesan serta pengawalan kehilangan air tidak terakaun.
  • Menyokong pembangunan mampan.
  • Mengambil berat dan memelihara alam sekitar.
  • Mendidik masyarakat mengenai kepentingan menghargai dan penjimatan air.
Kami Bertanggungjawab Menyediakan Bekalan Air Bersih Yang Bermutu Kepada Pengguna Dan Sebagai Balasan Pengguna Pula Membantu Meningkatkan Jualan Kami.
  • Membekalkan air bersih yang berkualiti dan mencukupi kepada semua pengguna.

  • Pemasangan meter air baru akan dibuat dalam masa satu(1) hari bekerja selepas wang cagaran diterima.

  • Semua pertanyaan mengenai bil-bil akan dijawab dalam tempoh tidak melebihi satu(1) hari.

  • Meter air yang telah dipotong sambungannya akan disambung dalam masa tidak melebihi satu(1) hari selepas pembayaran untuk sambungan semula dan tunggakan dijelaskan.

  • Wang cagaran atau bakinya akan dipulang balik kepada pengguna dalam masa tiga puluh(30) hari melalui cek setelah notis untuk menamatkan perkhidmatan diterima.

  • Catuan atau gangguan bekalan air berjadual akan diberitahu selewat-lewatnya dua(2) hari sebelum ianya dijalankan.

  • Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi satu(1) hari untuk memperbaiki paip utama yang pecah setelah aduan diterima.

  • Tindakan akan diambil tidak melebihi dua(2) hari untuk membaiki paip perhubungan yang bocor setelah aduan diterima.