ABDUL KARIM ENDUT DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BARU

Berita Jumlah paparan: 884

ABDUL KARIM ENDUT DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BARU

Kuala Terengganu, 30 Ogos 2021 – Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd (SATU) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Abdul Karim Endut yang berkuat kuasa pada 1 September 2021.

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, SATU berkata, pelantikan Abdul Karim Endut, 51 adalah bagi menggantikan Ir Hj Atemin bin Sulong yang tamat tempoh perkhidmatan pada 24 Julai 2021. Abdul Karim telah menjawat pelbagai jawatan kanan di konglomerat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan. Beliau mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam Pengurusan Operasi Perkhidmatan Air, Teknikal dan Penyelenggaran Air, Pengagihan dan Pengurusan Loji Rawatan Air.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Bahan (Chemistry-Polymer) dari Henri Poincare Universiti, Nancy-I, France pada tahun 1993 dan Ijazah Kejuruteraan Bahan (major in Organic Chemistry).

Sebelum dilantik menerajui Syarikat Air Terengganu Sdn.Bhd. (SATU), Abdul Karim adalah Ketua Perkhidmatan Operasi yang mengawal selia perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan aset termasuk pengurusan strategik-energy management dan asset management system di Air Selangor. Beliau juga telah berkhidmat di beberapa syarikat korporat yang lain antaranya Konsortium Air Selangor di bawah KDEB Group, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS), dan ONDEO Services(M), SUEZ Group.

Mengulas mengenai perlantikan beliau, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi SATU berkata bahawa beliau mengalu-alukan pelantikan Abdul Karim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. “Saya yakin beliau berupaya menerajui SATU ke arah perubahan pengoperasian dan amalan yang lebih baik serta berkesan lalu mampu menjadikan SATU sebagai sebuah syarikat korporat terbaik di negeri Terengganu ”, katanya dalam kenyataan itu.

 


 

(Mengenai Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.)

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), merupakan anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc yang telah ditubuhkan pada 18 November 1997. SATU berhasrat untuk menjadi pembekal air utama di negeri Terengganu dan mengekalkan air bersih yang berkualiti serta berterusan menambah baik kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan permintaan pengguna.

SATU turut menguruskan bekalan air secara efektif dan mengawal kerugian non- revenue water (NRW). SATU turut menyokong perkembangan pemeliharaan alam sekitar serta mendidik komuniti mengenai kepentingan menghargai air dan penjimatan air.

Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web www.satuwater.com.my atau hubungi Osman Mohd 019-9891988 / faxs: 09-6201104.

 

 

Cetak