TAWARAN MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI KEPUNYAAN SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD - SATU/SH/MEK/01/2020

Just Added


 

SEBUTHARGA NO: SATU/BIS/01/2020

KENYATAAN SEBUTHARGA

 

SEBUTHARGA NO:  SATU / BIS / 01 / 2020

 

  1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat Kawalan Keselamatan yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang Kawalan Keselamatan (220801) yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk mengisi tender berikut:-

 

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI STOR PUSAT, GONG BADAK,

SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD. BAGI DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU

        

  1. Borang sebutharga boleh didapati di Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Bahagian Pengurusan Projek & Ukur Bahan), Kuala Terengganu, Terengganu dari 08 / 01 / 2020 hingga 22 / 01 / 2020 semasa waktu pejabat.

 

  1. Penyebutharga yang ingin menyertai sebutharga di atas atau wakilnya yang diberi kuasa hendaklah membawa surat Pendaftaran Asal dan satu (1) salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta menyediakan bayaran sebanyak RM20.00 dalam bentuk wang tunai.

 

  1. Borang sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan bilangan sebutharga SATU/BIS/01/2020 beserta tajuk dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Bahagian Pengurus Projek & Ukur Bahan), Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 23 / 01 / 2020 ( Khamis ).

 

  1. Syarikat berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak lengkap.

 

  1. Syarikat adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga sekali pun.

 

  1. Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan akan terbatal dan tidak akan dipertimbangkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

"TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

( Ir. HAJI ATEMIN BIN SULONG )

Ketua Pegawai Eksekutif

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

Terengganu