SEBUTHARGA NO. SATU.MRG/SH/07/2020

Modified

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

SEBUTHARGA NO. SATU.MRG/SH/07/2020  

 

  1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat Kawalan Keselamatan yang berpengalaman dan berdaftar dengan KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) dan juga KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah kod bidang Kawalan Keselamatan (220801) yang masih dibenarkan membuatkan kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga di bawah ini:

 

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN CASH IN TRANSIT (C.I.T) DI SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD. (SATU) DAERAH MARANG.

 

  1. Borang sebutharga boleh didapati di Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. SATU Daerah Marang, 617, Wisma Mohd Rahim, Rhu Rendang, 21600 Marang, Terengganu dari 27.02.2020 hingga 11.03.2020 semasa waktu pejabat.

 

  1. Penyebutharga yang ingin menyertai sebutharga di atas atau wakilnya yang diberi kuasa hendaklah membawa surat Pendaftaran Asal dan satu (1) salinan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta menyediakan bayaran sebanyak RM20.00 dalam bentuk wang tunai.

 

  1. Borang sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan bilangan sebutharga MRG/SH/07/2020 beserta tajuk dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat SATU Daerah Marang tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh 12.03.2020 (Khamis).

 

  1. Syarikat berhak menolak atau membatalkan mana-mana borang penyertaan sebutharga yang tidak lengkap.

 

  1. Syarikat adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga sekalipun.

 

  1. Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan akan terbatal dan tidak akan dipertimbangkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

( MOHD BADRULHISHAM BIN SULAIMAN )

Ketua Teknikal/Bisnes,

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

Marang.