PUNCA KEHILANGAN

Komponen air yang tidak terakaun dalam kategori pertama terdiri dari punca-punca yang berikut :

  • Kegunaan air bagi mencuci laluan paip

  • Kegunaan air bagi tujuan melawan kebakaran

  • Kegunaan air bagi mencuci penapis

  • Ujian-ujian sistem, dan lain-lain seumpamanya

Manakala air yang tidak terakaun dalam kategori kedua adalah terdiri dari punca-punca yang berikut :

  • Limpahan tangki

  • Saluran paip bocor dan pecah

  • Daftar meter yang rendah (MUR)

  • Kecurian

  • Lain-lain punca yang seumpamanya

Syarikat harus menggariskan polisi-polisi pengawalan kehilangan air yang berpunca daripada kategori yang kedua ini. Manakala langkah-langkah tertentu harus diambil bagi mengurangkan penggunaan air dalam bentuk kategori pertama.


Cetak   Emel