SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

OPERASI PEMOTONGAN BEKALAN AIR NEGERI TERENGGANU

1. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengguna untuk menjelaskan bayaran bil penggunaan air mereka dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Semakan yang dibuat mendapati ramai pengguna yang gagal menjelaskan bayaran bil mengikut tempoh yang telah diberikan.

2. Pengguna sebagaimana yang diperuntukkan di dalam akta hendaklah membuat bayaran bil mereka dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari dari tarikh penyerahan bil air sebagaimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 89 (2)(a) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006.

3. Pengguna-pengguna yang gagal menjelaskan bayaran bil dalam tempoh berkenaan akan dikeluarkan notis pemotongan bekalan air selama 14 (empat belas) hari sebagaimana Seksyen 89 (3) Akta ini. Sekiranya pengguna masih gagal menjelaskan bayaran bil selepas tempoh ini, pemotongan bekalan air akan dilaksanakan mengikut Seksyen 89 (4) Akta yang sama.

4. Sehubungan dengan itu, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan menjalankan operasi pemotongan besar-besaran terhadap pengguna-pengguna yang gagal menjelaskan bayaran bil semasa termasuk tunggakan bil penggunaan air masing-masing. Operasi ini akan dimulakan Februari 2014.

5. Bagi akaun pengguna yang telah dibuat pemotongan bekalan, bekalan air akan disambung semula dalam tempoh 24 (dua puluh empat) jam setelah mereka menjelaskan bayaran bil semasa, tunggakan dan denda caj pemotongan. Dalam keadaan yang di luar jangkaan atau atas sebab-sebab yang diluar jangka maka bekalan air akan disambung tidak lewat daripada 2 (dua) hari dari tarikh pembayaran penuh jumlah wang yang kena dibayar sebagaimana Seksyen 89(7) Akta yang sama.

6. Oleh hal yang demikian, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) ingin memaklumkan dan menasihatkan pengguna supaya menjelaskan bil penggunaan air masing-masing dalam tempoh yang telah ditetapkan.

7. Kerjasama berserta sikap prihatin dari semua pengguna akan memberi manfaat yang menjurus kepada kehidupan yang lebih selesa dan harmoni tanpa risiko berdepan dengan masalah gangguan bekalan air yang boleh dielakkan. Terima kasih di atas segala kerjasama semua pihak

 

“JELASKAN BAYARAN BIL AIR ANDA DENGAN SEGERA!!!!”

 

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU)

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha