SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

KUNCI KEJAYAAN

Perancangan, disiplin dan komitmen yang jitu

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah memenangi tempat kedua dalam Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1435H yang telah diadakan di Kuala Terenggau pada 14 Januari 2014. SATU telah bertanding dalam kategori Sektor Swasta dan Syarikat Terpilih dalam acara yang dianjurkan pada setiap tahun oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam acara yang sama pada tahun 1434H, SATU telah menduduki tempat ketiga berbanding tempat kedua pada tahun 1435H. SATU telah berjaya memperbaiki 1 tangga kedudukan dalam acara perarakan ini. Dalam perarakan ini, kontigen SATU dianggotai seramai 35 orang yang terdiri daripada kakitangan SATU. Dalam majlis ringkas bagi meraikan kakitangan yang terlibat dalam perarakan ini, Tuan Haji Husain bin Embong menjelaskan kunci kejayaan ini adalah kerana perancangan kerja yang kemas, disiplin dan komitmen yang jitu. Perkara ini mesti diteruskan dalam kerja harian kerana ianya akan memberi impak yang besar kepada prestasi individu dan Syarikat.  Ianya hendaklah menjadi amalan kerana ianya pasti akan memberi impak yang berkesan kepada pengguna, tambah beliau.


Hadiah-hadiah kepada pemenang perarakan ini telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu kepada Tuan Haji Husain, Ketua Pegawai Eksekutif SATU.

 

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha