SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

KENYATAAN AWAM KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - PEMAKAIAN KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR NEGARA

PEMAKAIAN KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR NEGARA (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014 DAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) 2014 DI NEGERI TERENGGANU.

Mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (IPA) 2006, kuasa telah diberikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menetapkan Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air Negara (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) Dan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air) sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 84, 179 dan 180 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara.

Draf Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air Negara (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) Dan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air) telah disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air Negara (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) Dan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 telah diwartakan pada 30 Januari 2014 oleh SPAN. Serentak dengan penwartaan ini, SPAN telah meminta semua operator bekalan air di seluruh Negara menguatkuasakan pemakaiannya.

Tujuan pemakaian Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air Negara (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) Dan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 adalah:-

a - Menyeragamkan kaedah, amalan serta spesifikasi teknikal yang berbeza-beza antara negeri.

b - Menetapkan standard rekabentuk minimum bagi sesuatu sistem bekalan air.

c - Mengadakan peruntukan untuk mengawal selia segala deposit, fi dan caj perkhidmatan air yang merangkumi deposit, sumbangan modal dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

d - Merasionalisasi dan menyeragamkan deposit, fi dan caj yang berbeza-beza antara negeri

e - Mempamerkan ketelusan dan kaedah pengiraan deposit, fi dan caj yang jelas.

Di Negeri Terengganu, pemakaian Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air Negara (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) 2014 Dan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air ) 2014 ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2014. Dengan penguatkuasaaan pemakaian ini, Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air Negara (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) 2014 Dan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air ) diselaraskan di seluruh Negara. Antara jenis deposit, fi dan caj yang akan dikenakan adalah:-

a - Deposit sambungan kekal

b - Deposit air tambahan

c - Fi pemasangan meter

d - Bayaran sumbangan modal

e - Fi permohonan kelulusan pelan

f - Fi ujian mekanikal dan elektrikal

g - Caj notis pemotongan, caj pemotongan dan caj sambungan semula

h - Deposit ujian meter

i - Caj ujian injap aliran tetap

Pengguna-pengguna boleh melayari laman sesawang Jabatan Peguam Negara untuk mendapat perincian Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air Negara (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) 2014 Dan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi Dan Caj Perkhidmatan Air ) 2014.

Oleh itu mulai 1 Jun 2014, deposit, fi dan caj Industri Perkhidmatan Air akan diselaraskan oleh SATU sebagaimana yang telah diwartakan ini. Di samping itu, lain-lain caj dan fi yang SATU kenakan kepada pengguna di atas perkhidmatan yang SATU berikan adalah dikekalkan.

 

HAJI HUSAIN BIN EMBONG
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha