SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

PERSIDANGAN MESYUARAT TAHUNAN JTJAD KALI KE 27

Bermula pada 16hb Disember 2014 sehingga 18hb Disember 2014 bertempat di Tabung Haji Hotel and Convention Center,
Kuala Terengganu berlangsung satu persidangan Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah SeMalaysia untuk kali ke 27.

Persidangan tahunan peringkat kebangsaan ini mempertemukan peserta-peserta utama Industri Air Negara yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri, organisasi operator bekalan air, pengeluar dan pembekal peralatan berkaitan bekalan air, pakar-pakar runding, kontraktor-kontraktor, tukang-tukang paip serta badan-badan NGO dari seluruh negara. Dianggarkan hampir 1000 orang akan turut menjayakan persidangan pada tahun ini.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah diberi kepercayaan untuk bertindak selaku penganjur dan tuan rumah. Ini juga merupakan penganjuran kali kedua di negeri Terengganu.

Tema persidangan pada kali ini ialah:
"CABARAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR MASA KINI".


Ia dijangka dapat menghasilkan beberapa resolusi yang bakal dijadikan panduan untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air dan halatuju industri air negara dalam tahun 2015.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan pameran berkaitan industri air mulai jam 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.


Tema: Cabaran Pengurusan Perkhidmatan Bekalan Air Masa Kini

Cabaran Masa Kini:

1. Sumber air terjejas - pembangunan/pencerobohan di kawasan tadahan

2. Kualiti sumber air merosot - kegiatan ekonomi di hulu sungai

3. Teknologi rawatan terkini - kos tinggi

4. Sistem rangkaian paip air - lama berusia

5. Kecekapan baikpulih gangguan bekalan air

6. Kecekapan mengurus sumber

7. Pertumbuhan kewangan vs tanggungjawab sosial

8. Masalah vandalisma - kecurian dan kerosakan infra bekalan air

 
Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha