SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

KENYATAAN MEDIA - Gangguan Bekalan Air 14 Jan 2015

Pengguna bekalan air di dua daerah iaitu Kuala Terenggau dan Marang menghadapi gangguan bekalan air mulai dari hari Rabu 14 Januari 2015 diseababkan kerosakan Penapis Loji Air Kepong 2, di kampung Kepong, Kuala Terengganu.

Seramai kira-kira 65,000 pengguna di dua daerah tersebut akan terjejas berikutan masalah gangguan bekalan air berkenaan,

A) Daerah Kuala Terengganu

  1. Bukit Wan
  2. Bukit Nenasi
  3. Bukit Sudu
  4. Jalan Kelantan
  5. Guntong
  6. Sungai Ikan
  7. Sentosa
  8. Tepoh
  9. Wakaf Mesira
  10. Padang Hangus
  11. Bukit Cempaka
  12. Pagar Ubi
  13. Kg. Baru Bukit Berangan
  14. Sebahagian Gong badak

B) Daerah Marang

  1. Bandar Marang
  2. Kijing
  3. Rhu Rengeh
  4. Rhu Rendang
  5. Medan Jaya
  6. Seberang Marang
  7. Kelulut
  8. Rhu Muda
  9. Pulau Kerengga
  10. Merchang
  11. Serating
  12. Pasir Putih
  13. Tok Fakir
  14. Alor Ketitir
  15. Gong Balai
  16. Penarik Pasir Putih
  17. Kubu
  18. Pengkalan Berangan
  19. Wakaf Tapai
  20. Alor Limbat
  21. Undang
  22. Mak Kemas

 

Berikutan kerosak Penapis Loji Air Kepong 2, beberapa kawasan lain turut dijangka mengalami tekanan air rendah. Tindakan penyelesaian jangka pendek dan segera dalam tempoh gangguan bekalan air ini, pihka Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) akan menggunakan lori-lori tangki dan tangki-tangki statik bagi membekalkan air di kawasan yang terlibat.

Manakala penyelesaian jangka panjang pula ialah menukarkan penapis loji tersebut bagi memastikan ia kembali kepada keupayaan bekalan sedia ada.  Pihak pengurusan SATU telah membuka Bilik Gerakan bagi menangani masalah-masalah pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat.

Para pengguna yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi petugas SATU di Bilik Gerakan melalui talian 09 620 1001 / 620 1179 dan juga talian hot-line 1-300-882-111. 

Pihak SATU sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah ini dan para pengguna diminta bersabar menghadapi masalah di luar jangkaan.

 

( Kenyataan Media Ketua Pegawai Eksekutif )

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha