SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

KERAJAAN TERENGGANU SEDIA BANTU KELANTAN

Terengganu bersedia membantu kerajaan Kelantan mendapatkan bekalan air mentah selepas beberapa sungai yang menjadi sumber utama bekalan air di negeri itu kering berikutan kemarau sejak Januari lalu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, walaupun kerajaan negeri bersetuju memenuhi permintaan kerajaan Kelantan untuk mendapatkan bekalan air mentah, namun rakyat Terengganu tidak perlu risau kerana keperluan mereka tetap menjadi keutamaan.

Beliau berkata, bekalan air mentah yang akan disalurkan ke beberapa daerah di negeri itu terutamanya membabitkan Pasir Putih akan diperoleh dari empangan Paya Peda di Hulu Besut.

“Kerajaan negeri ada menerima permohonan daripada kerajaan Kelantan dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) sedang menyiapkan surat perjanjian untuk ditandatangani antara kedua-dua pihak.

“Jumlah bayaran yang akan dikenakan kepada kerajaan Kelantan masih dalam perundingan, tetapi kita pada dasarnya bersetuju untuk membantu rakyat negeri itu yang kini berdepan dengan masalah bekalan air bersih".

Ahmad Razif berkata, bekalan air mentah yang bakal dibekalkan diambil daripada empangan Paya Peda, Hulu Besut dan disalurkan di loji milik SATU yang terletak di sempadan Besut dan Pasir Putih.

Beliau berkata, majlis menandatangani memoradum persefahaman penjualan air mentah kepada kerajaan Kelantan akan dilakukan selepas rundingan termasuk penetapan harga dipersetujui kedua-dua.

 

sumber: hmetro

 

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha