SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NOTIS PEMBERITAHUAN

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Operator) memproses data peribadi anda seperti yang diberikan oleh anda bagi tujuan perbekalan air. Data-data peribadi yang diberikan adalah:-

 

  •  Nama anda
  •  Nombor kad pengenalan/passport anda
  • Butir-butir untuk menghubungi anda seperti alamat premis, nombor telefon, alamat surat   
    menyurat, email dan sebagainya

  Kami akan memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:-

  •  Penyambungan bekalan air ke rumah anda
  • Penghantaran bil penggunaan air
  • Penyelenggaraan saluran air ke kawasan premis anda
  • Penghantaran notis-notis atau apa-apa dokumen yang berkaitan operasi Operator

Maklumat anda adalah diperlukan oleh Operator. Jikalau anda tidak memberikan maklumat seperti yang dimohon, Operator tidak berupaya untuk menyimpan rekod yang lengkap tentang anda dan ini akan menjejaskan keupayaan Operator untuk menyempurnakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

Kami mungkin akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan:

 

  •  Agensi-agensi Kerajaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK) bagi tujuan penyambungan dan pengebilan atau notis yang berkaitan,
  • Kontraktor/vendor/pembekal/agen yang dilantik oleh kami atau oleh mana-mana pihak bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas,
  • Sesiapa yang berada di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah menjanjikan akan menyimpan data tersebut sebagai SULIT

Kami mungkin akan menzahirkan data peribadi anda jikalau dikehendaki oleh undang-undang atau secara suci hati, jikalau penzahiran tersebut adalah perlu untuk:-

·         Melaksanakan tugasan dan obligasi SATU sebagai operator bekalan air

  •  Mengikut keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang
  • Melindungi dan membela hak-hak atau harta Operator

Jikalau sesiapa yang ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses, membetulkan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi, mereka boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran & Korporat, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU). Sebarang permohonan untuk akses kepada  data peribadi mungkin dikenakan yuran dan perlu mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha