SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

Permohonan Air

PEMOTONGAN BEKALAN AIR

MENGAPAKAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR DILAKSANAKAN ?

Mengutip tunggakan bekalan air pengguna. Meningkatkan efisiensi aliran tunai. Memberi kesedaran kepada pengguna akan pentingnya menjelaskan bil dalam tempoh yang ditetapkan.

 

JENIS PEMOTONGAN BEKALAN AIR

Pemotongan Penguatkuasaan.Ianya dilaksanakan apabila pengguna :

  • Tidak membayar bil dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mempunyai tunggakan bil air.
  • Mendapatkan bekalan air menyalahi peraturan-peraturan bekalan air.

 

Pemotongan atas Permintaan.
Ianya dilaksanakan apabila pengguna memohon supaya bekalan air dipotong atas sebab-sebab seperti :

  • Berpindah rumah.
  • Premis roboh / terbakar

Disamping itu pengguna perlu menggunakan dokumen seperti berikut :

  • Borang Permohonan Memotong Bekalan Air
  • Resit Cagaran Asal / surat akuan pengguna

 

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SEMULA BEKALAN AIR YANG TELAH DIPOTONG

Menjelaskan tunggakan bil air sepenuhnya di Pejabat Syarikat Air Terengganu dan Membayar bil-bil lain yang berkaitan (jika ada)

 

CARA PEMOTONGAN DILAKSANAKAN

Bekalan air akan dipotong melalui salah satu dari cara berikut :

  • Menyepit (clamp) injap sesekat (stop-cork).
  • Menutup aliran di injap kekunci bersepadu (integrated lockable valve).
  • Menutup bekalan di "ferrule".

 

BILAKAH BEKALAN AIR ANDA BOLEH DISAMBUNG SEMULA

Sambungan semula bekalan akan dibuat dalam masa tidak melebihi tiga(3) hari bekerja selepas tunggakan dan bayaran sambungan dijelaskan.

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha