SATU Web Mail
SATUintra Portal
Album
Tender
Berita
Korporat
     
Bisnes
     
SATU Online
     
Water Links
     
Water World
     

TIPS PENJIMATAN AIR

 

Apa Perlunya Menjimatkan Air

Keperluan air di Negeri Terengganu Darul Iman telah bertambah dari setahun ke setahun disebabkan oleh pertambahan penduduk, perindustrian, perumahan dan taraf hidup yang semakin tinggi. Kos air juga telah bertambah. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk memperluaskan bekalan air kepada lebih ramai lagi pengguna. Sumber dan punca air pula semakin berkurangan. Kualiti air mentah menjadi semakin tercemar dan memerlukan kos tinggi untuk dirawat. Jadi adalah mustahak kita menggunakan air dengan lebih bijaksana dan berhati-hati tanpa membazirkan dan masanya adalah SEKARANG !

 


Cara Menjimatkan Air

AKTIVITI AMALAN BIASA KUANTITI DIGUNAKAN
(Liter)
  AMALAN BAIK KUANTITI DIGUNAKAN KUANTITI DIGUNAKAN
(Liter)
Memberus gigi Membuka tab selama 5 min. 5 Mengguna gelas 0.5 4.5
Mencuci tangan Mengguna tab selama 2 min. 12 Mengguna besen setengah penuh. Hilang kekotoran dengan alat pencuci sebelum membasuh dengan sabun dan air 2 10
Bercukur Membuka tab selama 2 min. 18 Mengguna cawan untuk bercukur 0.25 17.75
Mandi Mengguna tab mandi yang penuh air 110 Mengguna pancur air (shower) 2 108
Mencuci Muka Membuka tab selama 2 min 12 Mengguna air dalam besen setengah penuh 2 10
Mencuci rambut membuka tab selama 5 min. 45 Mengguna 2 besen air 9 36
Mencuci sayur Mengguna air tab selama 5 min. 45 Setengah penuh sink (2 kali basuh) 9 36
Mencuci Pinggan Mangkuk Mengguna air tab selama 15 min. 135 Satu sink penuh air (1 kali basuh, 2 kali bilas) 25 110
Mencuci kain baju Mengguna air tab selama 20 min. 180 Mengguna besen basuh (1 kali basuh, 2 kali bilas) 40 140
Mencuci kain baju dengan mesin pencuci Mencuci 1/2 muatan mesin tiap-tipa hari 130 tiap-tiap hari Mencuci penuh muatan setiap 2 hari sekali 130 (2 hari) 130 (2 hari)
Mencuci lantai Mengguna air dari tap dan hos getah selama 3 min. 200 Mengguna tin atau baldi penyiram air 18 182
Menyiram pokok bunga Mengguna air dari tap dan hos getah selama 3 min. 120 Mengguna air dalam baldi (2) 5 115
Mencuci kereta Mengguna air dari tap dan hos getah selama 10 min. 400 Mengguna pencuci (mop) dan baldi 18 382
Pancur (flushing) tandas Mengguna tangki besar biasa 13.5 (atau lebih) Mengguna tangki 2 pancur. Pancur pendek untuk buang air kecil. Pancur penuh untuk buang air besar. 4.5
9
4.5 atau lebih

 

 


 

Ujian Yang Boleh Dibuat & Tindakan Pengguna

UJIAN 1 - Untuk Memastikan Meter Berfungsi atau Tidak

Proses :

Catat bacaan meter.
Buka pili dapur (bekalan terus) dan biarkan air mengalir.
Perhatikan kaunter meter air samada bergerak atau tidak.

Pemerhatian :
Kaunter air bergerak (meningkat), menandakan meter berfungsi.

 
 

UJIAN 2 - Untuk Memastikan Kebocoran Pada Paip Perkhidmatan.

Proses :

Lakukan ujian 1 bagi memastikan meter berfungsi. Jika tidak, lakukan ujian 3
Tutup pili dapur dan pastikan semua pili dan lain punca bekalan air terus ditutup rapi.
Pastikan tiada pengaliran air ke dalam tangki simpanan.
Catatkan bacaan meter.
Tunggu sehingga 10 minit serta perhatikan pergerakan bacaan meter.

Pemerhatian :
Bacaan meningkat, menandakan terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan sebelum tangki simpanan.

 
 

UJIAN 3 - Menentukan Kebocoran Di bawah tanah Pada Paip Perkhidmatan.

Proses :

Sambungkan hos getah pada pili dapur atau pili air terus.
Gunakan sebiji gelas dan buka pili tersebut sehingga air di dalam getah.
Pastikan hos getah ditenggelami air di dalam gelas.
Tutup injap sesakat sebelum meter air dan pastikan tidak ada air melaluinya.
Tutup sehingga 10 - 15 minit. Perhatikan paras air dalam gelas, samada menurun atau tidak.

Pemerhatian :
Paras air dalam gelas akan menurun jika terdapat kebocoran pada paip perkhidmatan di bawah tanah.

 
 

UJIAN 4 - Menentukan kebocoran pada paip agihan selepas tangki simpanan.

Proses :

Perhatikan kesan-kesan basah di lantai/dinding pada laluan paip.
Pastikan semua punca-punca air dari tangki simpanan ditutup dan tidak digunakan semasa ujian sedang dijalankan.
Tutup injap sesekat pada aliran masuk dan pastikan tiada air yang melaluinya.
Tandakan paras air dalam tangki simpanan.
  Nota :
  1. Biasanya tangki simpanan terletak di atas siling dalam rumah.
  2. Gunakan lampu suluh apabila berada di atas siling.
  3. Berhati-hati dan jaga keselamatan semasa di atas siling.
Pastikan tiada penggunaan air yang berpunca dari tangki simpanan.
Tunggu selama 1 - 2 jam dan pastikan paras air dalam tangki semula samada paras air menurun atau tidak.

Pemerhatian :
Jika paras air berada di bawah paras asal, ini menandakan terdapat kebocoran pada paip agihan selepas tangki simpanan.

 
 

TINDAKAN PENGGUNA:

Hubungi tukang paip yang berdaftar/berlesen dengan Syarikat Air Terengganu untuk kerja-kerja pembaikan.
Kos pembiayaan pembaikan adalah di atas tanggungan pengguna.

 

Trg 1M MyGov MAMPU JOB PAAB SPAN MWA Kettha