Home

1 careline


 




NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH DUNGUN
KAWASAN TERLIBAT TARIKH MASA SEBAB-SEBAB
1. KG. JERANGAU SUNGAI
2. KG. DENDANG
3. KG. WA
4. KG. LENTANG
5. KG. PADANG PING
21-05-2013 9.00 pg
hingga
5.00 ptg
SAMBUNGAN PAIP BARU KE TANGKI BARU BUKIT SENYAMUK BAGI PROJEK BALB 2011/2012.

SAMBUTAN SEMARAK MERDEKA 2011

24 September 2011 - Sambutan Semarak Merdeka 2011 bertempat di Dataran Jerteh Souq, Jerteh, Besut berlangsung seawal 7:00 pagi. Seramai lebih 35,000 pengunjung telah membanjiri dataran tersebut untuk menyaksikan pelbagai acara menarik yang telah di atur.

Semarak Merdeka 2011 bukan saja menghimpunkan kontigen dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), badan bukan kerajaan (NGO), jabatan-jabatan kerajaan, warga pendidik serta pelajar-pelajar sekolah malah menghimpunkan tokoh-tokoh kemerdekaan negara serta individu-individu yang berjaya dalam kerjaya dan menjawat jawatan tertinggi dalam sektor awam serta swasta peringkat nasional.

Mereka ini telah diraikan dengan kurniaan anugerah Tokoh Kemerdekaan, antaranya Tan Sri Dr Mohamad Yusof Noor (Penasihat Felda), Tun Mohamed Salleh Abas (bekas Ketua Hakim negara), Jeneral Tan Sri Rodzali bin Daud (Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia), YM. Engku Tan Sri Datuk Seri Ibrahim Engku Ngah (bekas Penyimpan Mohor Besa Raja-Raja Malaysia), Dato' Prof. Dr. Alias bin Daud (Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin - Unisza), Dato' Abu Bakar bin Ahmad (bekas Ketua UMNO Bahagian Besut 1960-1974), Datuk Hassan bin Abas (Timbalan Pengerusi Kumpulan Paremba), Dato' Kapten Mohd Nawawi bin Haji Awang (Pengarah Urusan MAS Wing), Encik Muhammad Nasir bin Hamzah (Tim. Pengarah Urusan Kumpulan Media Karanfkraf), Dato' Che Md Nawawi Ismail (bekas Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Bkt. Aman), Tuan Haji Jannah bin Hassan (bekas Ketua Polis Balai Jertih Pertama), Adik Nurusyahamah Taqiah bt Nurunnajmi (Tempat ke-3 Tilawah Al-Quran Kanak-kanak Antarabangsa di Doha, Qatar daripada 4000 penyertaan dari seluruh dunia) dan Encik Md Saupi bin Isa (Pengiat seni wayang kulit tersohor tanahair).

Sambutan juga diserikan dengan persembahan koir dari TUDM Gong Kedak, persembahan lagu-lagu patriotik, pertunjukan tempur lasak oleh Paskal TUDM dan cabutan nombor bertuah menawarkan 2 buah motorsikal dan lain-lain barangan elektrik.

 

>>> Galeri foto

 


    
        
Biro Pengaduan Awam   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam   E-Pembelajaran Sektor Awam      MySMS
 
PENGUMUMAN
Adalah dimaklumkan
bahawa pihak Agensi
EON Bank telah
menamatkan perkhidmtan
melalui Perbankan Internet
secara rasmi pada
4 Mei 2012

Oleh yang demikian
tiada transaksi yang
akan dilakukan melalui
saluran Perbankan EON
selepas tarikh tersebut
Sebarang pertanyaan
boleh terus menghubungi
pihak EON Bank
untuk mendapat
penjelasan lanjut.

 


Are countries in Asia on track to meet Target 10 of the Millennium Development Goals

Download the full document


Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam. Kerana Dialah Pencipta air yang menjadi sumber kehidupan sejagat.