|
LAWATAN KERJA KE LOJI AIR PETRONAS DI SERDANG, DUNGUN

Februari 16 – Satu lawatan kerja telah dibuat ke Loji Air Petronas di Serdang, Dungun baru-baru ini. Lawatan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Tuan Haji Husain bin Embong, disertai juga oleh pasukan pengurusan daripada Ibupejabat dan Daerah. Rombongan telah disambut oleh Pengarah Urusan Veoliawater (Dungun) Sdn Bhd, Encik Mat Azam Hanafiah dan juga pihak pengurusan loji berkenaan.
Loji Air Petronas adalah merupakan sebuah loji rawatan air yang dibina oleh Petronas untuk membekalkan air bersih yang dirawat ke kawasan-kawasan industri syarikat berkenaan. Ianya dikendalikan oleh VEOLIA yang diberi kontrak penyelenggaraan dan operasi bagi menguruskan loji rawatan air oleh pihak Petronas / Gas Supply (Labuan) Sdn Bhd., sebuah syarikat 100% milikan Petronas. Pihak VEOLIA mempunyai teknologi yang mantap dalam kaedah perawatan air bersih bagi mengurangkan kekeruhan, menguruskan qualiti mikrobiologi dan meningkatkan kebersihan air yang dirawat. Lawatan bertujuan untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat kaedah VEOLIA itu. Dalam lawatan berkenaan, mereka telah dibawa melawat Pusat Kawalan loji berkenaan, Makmal Ujian Air serta empangan buatan manusia bagi bekalan air mentah loji.



|