Home

1 careline


 




PDF Print E-mail

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Oleh : Tuan Haji Husain bin Embong

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera
Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dikurniakan kesempatan ini untuk bersama lagi dalam ‘website’ Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) untuk menyampaikan maklumat semasa SATU yang kini telah memasuki tahun ke 13 penubuhannya semenjak pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Negeri Terengganu pada Julai 1999.

Adalah menjadi keutamaan bagi SATU untuk terus berusaha meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang menjamin kehendak dan keperluan pelanggan dapat diuruskan dengan efisen serta cemerlang.

Bagi menjurus kepada pencapaian matlamat tersebut, pada 1 April 2012, SATU telah melaksanakan sepenuhnya penstrukturan semula pengurusan organisasi dengan memperkenalkan sistem pengurusan di peringkat Wilayah. Pelaksanaan penstrukturan semula ini akan membolehkan SATU memberi lebih tumpuan kepada dua fungsi utama iaitu bahagian Operasi dan Pengurusan serta Perancangan Strategik.

Selain dari itu, bagi meningkatkan lagi imej dan penampilan syarikat maka kerja-kerja pengubahsuaian bangunan Ibu Pejabat yang telah berusia melebihi 34 tahun telah selesai disiapkan. Sehubungan dengan itu, suasana dan persekitaran kerja yang lebih kondusif telah dapat diwujudkan bagi meningkatkan lagi prestasi kakitangan. Disamping itu, pejabat-pejabat pengurusan di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman juga telah di selenggara dan dinaiktaraf bagi maksud yang sama.

Pihak SATU juga telah membuka Pejabat Pengurusan di daerah Marang yang telah mula beroperasi pada 1 March 2011 yang lalu untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan yang setaraf dengan daerah-daerah lain. Perlu diingatkan bahawa sebelum ini perkhidmatan dan kemudahan di daerah Marang diletak dan digabungkan dengan pengurusan daerah Kuala Terengganu.

Kemudahan sistem aduan yang telah diperkenalkan sejak 22 September 2011 melalui talian aduan Careline 1-300-882-111 telah banyak memberi manfaat kepada pelanggan dan juga pihak SATU sendiri. Talian ini telah dibangunkan dengan kerjasama pihak VAD’s anak syarikat Telekom Malaysia yang beroperasi selama 12 jam sehari dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Selepas masa tersebut aduan akan diurus dan dikendalikan oleh pihak SATU sendiri hingga jam 12.00 malam.

Sejak kemudahan ini dilancarkan sehingga Disember 2012 yang lalu, SATU telah menerima sebanyak 62,000 aduan dari pelanggan. Aduan yang diterima terdiri dari masalah kebocoran paip, gangguan bekalan, akaun bil / bayaran dan juga pertanyaan. Dari jumlah tersebut sebanyak 95% telah dapat diambil tindakan susulan dalam tempoh KPI yang telah ditetapkan.

Tujuan utama talian ini adalah untuk mewujudkan satu ‘Contact Centre’ bagi mengurus semua aduan yang diterima dan menyalurkan maklumat kepada semua daerah secara sistematik dan seterusnya apa yang penting adalah tindakan susulan yang segera lagi efektif. Pelaksanaan talian ini telah dapat meningkatkan keupayaan untuk menangani semua aduan yang dikemukakan serta memudahkan kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan yang dibuat mengikut KPI yang ditetapkan oleh SATU. Ia juga merupakan salah satu strategi SATU untuk menangani isu-isu ‘Non Revenue Water’ (NRW) melalui laporan kebocoran paip-paip SATU oleh orang awam. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan pusat panggilan setempat ini telah berjaya memberi impak yang baik kepada kepuasan pelanggan. Ianya telah menjadi satu saluran aduan yang sangat berkesan dan diuruskan secara sistematik.

Inisiatif terbaru yang dilaksanakan oleh SATU bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan tindakan susulan atas aduan ialah menubuhkan unit perkhidmatan cepat bermotorsikal pada 8 Oktober 2012 yang lalu. Sebagai permulaan sebanyak empat (4) unit diletakkan dibawah pengurusan daerah Kuala Terengganu dan sekiranya didapati unit ini memberi impak yang positif maka kita akan tambahkan lagi pengwujudannya di daerah-daerah lain.

Keutamaan SATU dalam pelaksanaan operasinya adalah untuk menangani masalah ‘Non Revenue Water’ (NRW) yang masih lagi tinggi dan membebankan. Pada tahun 2010 kadar NRW adalah sebanyak 38%, 2011 turun kepada 37% dan pada 2012 kepada 36.4%. Beberapa langkah telah diambil bagi mengawal masalah ini termasuklah kerja-kerja menukar paip baru dikawasan yang terlalu kerap berlakunya kebocoran terutama paip-paip lama dari jenis ‘Asbestos Cement’ (AC pipe) yang berusia lebih dari 20 tahun. Dari sepanjang 8000 kilometer rangkaian paip air di seluruh negeri sebanyak 70% adalah dari jenis A.C paip yang telah berusia dan akan mengalami kebocoran di mana-mana pada bila-bila masa sahaja.

Sepanjang tahun 2011 hingga 2012 sebanyak RM 16 juta telah dibelanjakan bagi tujuan menggantikan paip-paip lama yang mengalami masalah kebocoran kritikal. Tindakan susulan juga telah dibuat oleh bahagian operasi bagi mengawal dan memantau kedudukan paras air di tangki-tangki serta memastikan kuantiti pengeluaran sentiasa munasabah berbanding dengan permintaan. Kerja-kerja ‘Active Leakage Control’ (ALC) sedang giat dijalankan mengikut ‘District Meter Zone’ (DMZ) sama ada oleh pihak SATU sendiri atau pun di bawah projek NRW yang sedang berjalan.

Hasil dari usaha yang telah dijalankan itu, kita telah mencapai kejayaan di dua (2) buah daerah iaitu Besut dan Setiu yang telah dapat menurunkan kadar NRW mengikut KPI yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. InsyaAllah, kadar NRW akan dapat diturunkan lagi di daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman menjelang akhir tahun 2013 ini, di mana KPI NRW bagi SATU untuk tahun ini adalah pada tahap 32%.

Pembangunan Infrastruktur serta keupayaan SATU untuk terus beroperasi dan menjamin bekalan air terawat yang berterusan untuk tempoh jangka panjang, memerlukan kajian dan pelan pembangunan yang komprehensif. Justeru itu, satu kajian telah dibuat oleh pihak juru perunding yang dilantik bagi mengenalpasti dan menyediakan pelan pembangunan infrastruktur bekalan air sehingga tahun 2030. Dari hasil kajian tersebut, nyata kemudahan dan keupayaan loji-loji rawatan air SATU yang sedang beroperasi buat masa ini tidak lagi dapat menampung keperluan pengguna sehingga tempoh tersebut. Kebanyakan keupayaan loji telah mencapai tahap pengeluaran maksimum atau mempunyai baki keupayaan yang minimum.

Oleh yang demikian, pihak SATU bercadang untuk membina sebuah lagi Loji Rawatan Air baru di sebelah Kuala Terengganu Utara dengan kapasiti 200 juta liter sehari dan sebuah lagi  di Bukit Sah, Kemaman dengan kapasiti sebanyak 220 juta liter sehari. Pembinaan loji-loji ini adalah bagi memenuhi keperluan bekalan air domestik , komersial dan juga bekalan di kawasan-kawasan perindustrian terutamanya di Kerteh dan Telok Kalong daerah Kemaman.

Adalah menjadi matlamat utama syarikat untuk terus memberikan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan dari semua    aspek termasuk mengurangkan kadar kekerapan gangguan bekalan dan meningkatkan tekanan dalam sistem agihan. Pihak pengurusan juga sedang melaksanakan kaedah dan proses kerja yang lebih efisyen dan berkesan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan dan semua pihak yang sentiasa memberi pandangan, teguran, keperihatinan beserta maklumbalas di atas mutu perkhidmatan SATU. Pandangan dan maklumat yang diperolehi ini, sangat berguna kepada SATU untuk melakukan penambahbaikan dalam semua aspek yang diperlukan.

Sememangnya menjadi matlamat kami untuk terus menjadikan SATU sebuah syarikat penyediaan utiliti yang sentiasa peka dan mengutamakan kepuasan pelanggan. Justeru itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengingati pelanggan-pelanggan dan semua pihak supaya sentiasa menjaga kebersihan sungai-sungai dan kawasan tadahan air. Ianya merupakan aset yang sangat penting kepada generasi kini dan akan datang.

Sekian, semoga sumber air anugerah Allah yang tidak ternilai ini, dihargai serta digunakan secara berhemah dengan penuh kesyukuran. Semoga kami, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) berjaya mencapai kualiti perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi semua pelanggan.

Sekian, terima kasih.

HAJI HUSAIN BIN EMBONG
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD.



 


    
        
Biro Pengaduan Awam   Suruhanjaya Perkhidmatan Awam   E-Pembelajaran Sektor Awam      MySMS
 
PENGUMUMAN
Adalah dimaklumkan
bahawa pihak Agensi
EON Bank telah
menamatkan perkhidmtan
melalui Perbankan Internet
secara rasmi pada
4 Mei 2012

Oleh yang demikian
tiada transaksi yang
akan dilakukan melalui
saluran Perbankan EON
selepas tarikh tersebut
Sebarang pertanyaan
boleh terus menghubungi
pihak EON Bank
untuk mendapat
penjelasan lanjut.


KENYATAAN SEBUTHARGA


DAERAH HULU TERENGGANU
Untuk maklumat lanjut

klik disini

 


DAERAH SETIU
Untuk maklumat lanjut

klik disini


DAERAH KEMAMAN
Untuk maklumat lanjut

klik disini


 


Are countries in Asia on track to meet Target 10 of the Millennium Development Goals

Download the full document


Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah Tuhan Semesta Alam. Kerana Dialah Pencipta air yang menjadi sumber kehidupan sejagat.