Home Halatuju Syarikat

Quicklinks - Internet Banking


Message for World Water Day 22 March 2010

"Water is central to all our development goals. As we mark the mid-point of the International Decade for Action, and look forward to this year’s Millennium Development Goals Summit, let us protect and sustainably manage our waters for the poor, the vulnerable and for all life on Earth."

Secretary-General Ban Ki-moon

 

Water Smart Campaign

Bertujuan untuk memberikan kesedaran pada penggunaan air dan krisis sanitari diseluruh dunia.

Hari ini dalam abab ke 21 seramai 884 billion manusia diseluruh dunia masih bergantung pada punca air yang masih belum dirawat dengan sempurna untuk bekalan minuman, memasak, mandi dan lain-lain kegunaan harian dan seramai 2.6 million manusia masih tidak mempunyai kemudahan tandas yang sempurna atau bentuk-bentuk sanitari yang sempurna.

Kualiti Air adalah fokus utama dalam kempen Water Smart dan juga merupakan tema dalam sambutan Hari Air Sedunia pada tahun ini, akan tetapi Water Smart akan meneruskan juga perhatian mereka pada isu-isu perbezaan air dan sanitari.

Sertailah kempen Water Smart ini dengan klik disini, marilah sama-sama kita menyatakan keprihatinan.




Who's Online

We have 13 guests online

 


Are countries in Asia on track to meet Target 10 of the Millennium Development Goals

Download the full document


Sempena bulan Syawal yang mulia ini,
saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Batin kepada semua staf SATU dan kepada kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua staf SATU yang telah mencurahkan tenaga dan bekerja dengan bersungguh-sungguh

sesuai dengan budaya kerja cemerlang yang telah diterapkan didalam Syarikat. Kesepakatan serta hubungan yang kukuh di kalangan staf akan memantapkan lagi semangat muhibbah

dikalangan staf SATU dan saya berdoa serta berharap agar semangat muhibbah ini dapat berterusan serta dipertingkatkan lagi dimasa-masa akan datang. Bagi memberikan perkhidmatan

terbaik dan berterusan kepada semua terutamanya pengguna-pengguna bekalan air di Negeri Terengganu maka pihak kami amat mengalu-alukan apa jua cadangan dan teguran serta

aduan dari semua pengguna-pengguna bekalan air bagi membantu kami menjayakan misi dan visi Syarikat. Harapan saya agar semua pengguna-pengguna bekalan air dapat menggunakannya

secara berhemah dan hargailah air pada setiap masa serta bersyukur dengan nikmat pemberiaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Jauhilah diri kita dari sifat-sifat orang yang suka membazir.

Akhirkata, ingin saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang membaca laman web ini dan sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,Maaf Zahir dan Batin.

Semoga anda semua terus menyokong dan memberi kerjasama yang sebaiknya kepada SATU.

Sokongan anda amat bermakna dan sangat dihargai.

 

Sekian Terima Kasih.

PDF Print E-mail

HALATUJU SYARIKAT

VISI
  • Ke Arah Sebuah Organisasi Bekalan Air Terulung Di Negara Ini.

  • MISI
  • Membekalkan Air Bersih Bermutu Tinggi dan mencukupi disamping terus meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pengguna.

  • Penyataan Tujuan
  • Kami Bertanggungjawab Menyediakan Bekalan Air Bersih Yang Bermutu Kepada Pengguna Dan Sebagai Balasan Pengguna Pula Membantu Meningkatkan Jualan Kami.
  •  

     

    PIAGAM PELANGGAN

  • Membekalkan air bersih yang berkualiti dan mencukupi kepada semua pengguna.

  • Pemasangan meter air baru akan dibuat dalam masa satu(1) hari bekerja selepas wang cagaran diterima.

  • Semua pertanyaan mengenai bil-bil akan dijawab dalam tempoh tidak melebihi satu(1) hari.

  • Meter air yang telah dipotong sambungannya akan disambung dalam masa tidak melebihi satu(1) hari selepas pembayaran untuk sambungan semula dan tunggakan dijelaskan.

  • Wang cagaran atau bakinya akan dipulang balik kepada pengguna dalam masa tiga puluh(30) hari melalui cek setelah notis untuk menamatkan perkhidmatan diterima.

  • Catuan atau gangguan bekalan air berjadual akan diberitahu selewat-lewatnya dua(2) hari sebelum ianya dijalankan.

  • Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi satu(1) hari untuk memperbaiki paip air yang pecah setelah aduan diterima.

  • Tindakan akan diambil tidak melebihi dua(2) hari untuk membaiki paip air yang bocor setelah aduan diterima.

  •  
     


    KENYATAAN SEBUTHARGA


    SEBUTHARGA NO.
    KMN.SH/23/10

    KERJA-KERJA MEMOTONG RUMPUT DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TANGKI-TANGKI AIR KAWASAN TELOK KALONG, BUKIT KUANG, GELIGA, BINJAI DAN BANDAR CUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU

    Tarikh tutup : 2 Sept 2010

    Untuk maklumat lanjut
    klik disini


    SEBUTHARGA NO.
    KMN.SH/24/10

    KERJA-KERJA MEMOTONG RUMPUT DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BOOSTER PAM AIR JERNIH, DEPO DAN SETOR KG. TEMPURONG, KEMAMAN, TERENGGANU

    Tarikh tutup : 2 Sept 2010

    Untuk maklumat lanjut
    klik disini


    SEBUTHARGA NO.
    KMN.SH/25/10

    MENJALANKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN KAWASAN DAN PEMOTONGAN RUMPUT DI KAWASAN BOOSTER PAM INGROUNG RESERVOIR BUKIT KUANG.

    Tarikh tutup : 2 Sept 2010

    Untuk maklumat lanjut
    klik disini