|
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua staf SATU yang telah mencurahkan tenaga dan bekerja dengan bersungguh-sungguh sesuai dengan budaya kerja cemerlang yang telah diterapkan didalam Syarikat. Kesepakatan serta hubungan yang kukuh di kalangan staf akan memantapkan lagi semangat muhibbah dikalangan staf SATU dan saya berdoa serta berharap agar semangat muhibbah ini dapat berterusan serta dipertingkatkan lagi dimasa-masa akan datang. Bagi memberikan perkhidmatan terbaik dan berterusan kepada semua terutamanya pengguna-pengguna bekalan air di Negeri Terengganu maka pihak kami amat mengalu-alukan apa jua cadangan dan teguran serta aduan dari semua pengguna-pengguna bekalan air bagi membantu kami menjayakan misi dan visi Syarikat. Harapan saya agar semua pengguna-pengguna bekalan air dapat menggunakannya secara berhemah dan hargailah air pada setiap masa serta bersyukur dengan nikmat pemberiaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Jauhilah diri kita dari sifat-sifat orang yang suka membazir. Akhirkata, ingin saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang membaca laman web ini dan sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua,Maaf Zahir dan Batin. Semoga anda semua terus menyokong dan memberi kerjasama yang sebaiknya kepada SATU. Sokongan anda amat bermakna dan sangat dihargai.
Sekian Terima Kasih. |
|
|
||||||||||||||
NRW







