PEMASANGAN TEE, CROSSING DAN LAIN-LAIN

PERMOHONAN UNTUK MENGERAT PAIP AIR SEDIADA BAGI TUJUAN PEMASANGAN TEE, CROSSING DAN LAIN-LAIN

Contoh Borang Pemohon-pemohon boleh memohon untuk membuat sambungan paip ke paip utama bagi tujuan bekalan air ke taman-taman perumahan, sambungan paip air baru dan juga untuk membuat sebarang pengubahsuaian yang melibatkan paip air sediada.

Permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di Bahagian Penyelenggaraan Syarikat Air Terengganu (percuma).  Pemohon juga hendaklah mengisi semua butiran yang diperlukan dan kepilkan sesalinan pelan cadangan pengubahsuaian atau penyambungan paip yang hendak dijalankan. Borang permohonan ini hendaklah dikemukakan ke Syarikat ini seminggu sebelum tarikh pengeratan hendak dilakukan.

Bahagian Penyelenggaraan akan memeriksa semua senarai barang yang dinyatakan di atas borang tersebut dan sekiranya berpuashati, satu tarikh akan ditetapkan untuk tujuan tersebut. Notis gangguan bekalan air akan diedarkan oleh Bahagian Penyelenggaraan syarikat ini seperti notis untuk disiarkan oleh radio tempatan mahupun dihantarkan terus kepada individu yang terbabit.


Cetak   Emel