Definasi Non-Revenue Water

Air Tidak Terhasil atau 'Non-Revenue Water (NRW)' adalah istilah yang merujuk kepada bekalan air terawat yang tidak sampai kepada pengguna dan tidak dapat dibilkan disebabkan faktor seperti paip pecah, sambungan paip air secara haram atau meter air dimanipulasi.​
Terdapat beberapa faktor kehilangan air terawat, antaranya:

• Air yang mengalir keluar apabila berlaku insiden paip air pecah atau bocor.
• Meter air yang tidak berfungsi dengan baik kerana rosak, tersekat atau telah dimanipulasi
• Kecurian air atau sambungan ‘haram’ adalah sambungan paip air tanpa melalui meter air berdaftar operator air.

Kehilangan air bersih akibat punca-punca ini merupakan satu kerugian bagi kita semua, kerana air hilang sia-sia tanpa digunakan.

Komponen air yang tidak terakaun dalam kategori pertama terdiri dari punca-punca yang berikut :

01

Kegunaan air bagi mencuci laluan paip

02

Kegunaan air bagi tujuan melawan kebakaran

03

Kegunaan air bagi mencuci penapis

04

Ujian-ujian sistem, dan lain-lain seumpamanya

Manakala air yang tidak terakaun dalam kategori kedua adalah terdiri dari punca-punca yang berikut

01

Limpahan tangki

02

Saluran paip bocor dan pecah

03

Daftar meter yang rendah (MUR)

04

Kecurian & lain-lain punca yang seumpamanya

/ 4 Faktor

Faktor

Banyak panduan-panduan teknikal disediakan untuk diikuti bagi mengatasi kehilangan air. Bagaimana pun pilihan yang bijak harus dibuat untuk dipraktikkan dalam mengatasi masalah kehilangan air ini. Pilihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada faktor-faktor yang berikut :

Perbelanjaannya berbanding penjimatan yang dapat dibuat

Faktor 1

Faktor 2

Tahap kehilangan air di kawasan berkenaan

Peralatan dan kepakaran yang ada

Faktor 3

Faktor 4

Tempoh masa yang dibenarkan

/ 3 Langkah

Cara Mengatasi

Daripada kajian perbandingan penjimatan kos dan perbelanjaan yang harus dikeluarkan bagi mengawal kehilangan air ini, satu polisi harus dipilih. Polisi-polisi ini mungkin berbeza di antara satu kawasan dengan satu kawasan perbekalan air disebabkan penilaian yang dibuat mengikut faktor-faktor di atas.

Di antara polisi yang dijadikan pilihan ialah :

Kawalan secara pasif

Langkah 1

Langkah 2

Kawalan secara aktif

Kawalan melalui memeterkan kawasan

Langkah 3

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111