Akaun Air Pengguna

Nilai teras adalah nilai utama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga kerja SATU bagi memberikan perkhidmatan terbaik. Sebagai SATU pasukan yang berintegriti dan profesional, kita memegang amanah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Image

Tatacara Permohonan Air

Borang permohonan yang perlu diisi adalah Borang Permohonan Perkhidmatan Bekalan Air,hanya perlu diisi dengan lengkap mengikut syarat-syarat permohonan bekalan air dan ditandatangani oleh pemilik.

Senarai semakan bekalan air adalah sebagaimana berikut :-

  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi.
  2. Perjanjian bekalan air.
  3. Pengesahan permohonan.
  4. Pelan kasar/tapak premis berkenaan.
  5. Salinan bil air premis berdekatan.
  6. Salinan kad pengenalan pemohon.
  7. Surat pengesahan pemilik/kebenaran laluan tanah.(jika berkenaan)
Syarat Permohonan Air

Permohonan bekalan air hanya akan diterima bagi pemohon berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Pemasangan Tee, crossing dan Lain-lain

Permohonan Untuk Mengerat Paip Air Sediada Bagi Tujuan Pemasangan Tee, Crossing Dan Lain-Lain

Contoh Borang Pemohon-pemohon boleh memohon untuk membuat sambungan paip ke paip utama bagi tujuan bekalan air ke taman-taman perumahan, sambungan paip air baru dan juga untuk membuat sebarang pengubahsuaian yang melibatkan paip air sediada.

Permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di Bahagian Penyelenggaraan Syarikat Air Terengganu (percuma).  Pemohon juga hendaklah mengisi semua butiran yang diperlukan dan kepilkan sesalinan pelan cadangan pengubahsuaian atau penyambungan paip yang hendak dijalankan. Borang permohonan ini hendaklah dikemukakan ke Syarikat ini seminggu sebelum tarikh pengeratan hendak dilakukan.

Bahagian Penyelenggaraan akan memeriksa semua senarai barang yang dinyatakan di atas borang tersebut dan sekiranya berpuashati, satu tarikh akan ditetapkan untuk tujuan tersebut. Notis gangguan bekalan air akan diedarkan oleh Bahagian Penyelenggaraan syarikat ini seperti notis untuk disiarkan oleh radio tempatan mahupun dihantarkan terus kepada individu yang terbabit.

Tukar Penghuni

Borang Permohonan Memotong Bekalan Air hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pengguna sedia ada.

Semua tunggakan bil air hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum penutupan akaun dapat dibuka.

Resit asal cagaran hendaklah diserahkan kepada pejabat ini bagi tujuan pemulangan cagaran.

Tutup Akaun

Borang Permohonan Perkhidmatan atau Bekalan Air hendaklah dipenuhi dan ditandatangani oleh pengguna baru.

Salinan dokumen sokongan seperti surat perjanjian jual/beli, perjanjian sewa dan sebagainya.

Bil air premis berkenaan (jika ada). Salinan kad pengenalan atau nombor pendaftaran sijil perniagaan dan cop syarikat (jika berkenaan).

Pemotongan Bekalan Air

Mengapakah Pemotongan Bekalan Air Dilaksanakan?

Mengutip tunggakan bekalan air pengguna dan meningkatkan efisiensi aliran tunai. Proses ini juga dilakukan bagi memberi kesedaran kepada pengguna akan pentingnya menjelaskan bil dalam tempoh yang ditetapkan.

Jenis Pemotongan Bekalan Air

Mengutip tunggakan bekalan air pengguna dan meningkatkan efisiensi aliran tunai. Proses ini juga dilakukan bagi memberi kesedaran kepada pengguna akan pentingnya menjelaskan bil dalam tempoh yang ditetapkan.

Image
Pemotongan Penguatkuasaan
Proses ini dilaksanakan apabila pengguna :
  • Tidak membayar bil dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mempunyai tunggakan bil air.
  • Mendapatkan bekalan air menyalahi peraturan-peraturan bekalan air.
Pemotongan atas Permintaan
Proses ini dilaksanakan apabila pengguna memohon supaya bekalan air dipotong atas sebab-sebab seperti :
  • Berpindah rumah.
  • Premis roboh / terbakar

Disamping itu pengguna perlu menggunakan dokumen seperti berikut :

  • Borang Permohonan Memotong Bekalan Air
  • Resit Cagaran Asal / surat akuan pengguna


Bagaimana Untuk Mendapatkan Semula Bekalan Air Yang Telah Dipotong?

Menjelaskan tunggakan bil air sepenuhnya di Pejabat Syarikat Air Terengganu dan Membayar bil-bil lain yang berkaitan (jika ada)

Cara Pemotongan Dilaksanakan

Bekalan air akan dipotong melalui salah satu dari cara berikut :

  • Menyepit (clamp) injap sesekat (stop-cork).
  • Menutup aliran di injap kekunci bersepadu (integrated lockable valve).
  • Menutup bekalan di "ferrule".

Tips Penjimatan Air

Kenapa Perlu Menjimatkan Air

Keperluan air di Negeri Terengganu Darul Iman telah bertambah dari setahun ke setahun disebabkan oleh pertambahan penduduk, perindustrian, perumahan dan taraf hidup yang semakin tinggi. Kos air juga telah bertambah. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk memperluaskan bekalan air kepada lebih ramai lagi pengguna. Sumber dan punca air pula semakin berkurangan. Kualiti air mentah menjadi semakin tercemar dan memerlukan kos tinggi untuk dirawat. Jadi adalah mustahak kita menggunakan air dengan lebih bijaksana dan berhati-hati tanpa membazirkan dan masanya adalah SEKARANG !

Aktiviti
Amalan Biasa
Kuantiti Digunakan (Liter)
Amalan Baik
Kuantiti Digunakan
Kuantiti Digunakan (Liter)
Memberus gigi
Membuka tab selama 5 min
5
Mengguna gelas
0.5
4.5
Mencuci tangan
Mengguna tab selama 2 min
12
Mengguna besen setengah penuh. Hilang kekotoran dengan alat pencuci sebelum membasuh dengan sabun dan air
2
10
Bercukur
Membuka tab selama 2 min
18
Mengguna cawan untuk bercukur
0.25
17.75
Mandi
Mengguna tab mandi yang penuh air
110
Mengguna pancur air (shower)
2
108
Mencuci muka
Membuka tab selama 2 min
12
Mengguna air dalam besen setengah penuh
2
10
Mencuci rambut
Membuka tab selama 5 min.
45
Mengguna 2 besen air
9
36
Mencuci sayur
Membuka tab selama 5 min.
45
Mengguna 2 besen air
9
36
Mencuci Pinggan Mangkuk
Mengguna air tab selama 15 min.
135
Satu sink penuh air (1 kali basuh, 2 kali bilas)
25
110
Mencuci kain baju
Mengguna air tab selama 20 min.
180
Mengguna besen basuh (1 kali basuh, 2 kali bilas)
40
140
Mencuci kain baju dengan mesin pencuci
Mencuci 1/2 muatan mesin tiap-tipa hari
130 tiap-tiap hari
Mencuci penuh muatan setiap 2 hari sekali
130 (2 hari)
130 (2 hari)
Mencuci lantai
Mengguna air dari tap dan hos getah selama 3 min.
200
Mengguna tin atau baldi penyiram air
18
182
Menyiram pokok bunga
Mengguna air dari tap dan hos getah selama 3 min.
120
Mengguna air dalam baldi (2)
5
115
Mencuci kereta
Mengguna air dari tap dan hos getah selama 10 min.
400
Mengguna pencuci (mop) dan baldi
18
382
Pancur (flushing) tandas
Mengguna tangki besar biasa
13.5 (atau lebih)
Mengguna tangki 2 pancur. Pancur pendek untuk buang air kecil. Pancur penuh untuk buang air besar.
45.9
4.5 atau lebih

Ujian Yang Boleh Dibuat & Tindakan Pengguna

UJIAN 1 - Untuk Memastikan Meter Berfungsi atau Tidak
Proses :
  1. Catat bacaan meter.
  2. Buka pili dapur (bekalan terus) dan biarkan air mengalir.
  3. Perhatikan kaunter meter air samada bergerak atau tidak.
Pemerhatian :
Kaunter air bergerak (meningkat), menandakan meter berfungsi.

Ada sebarang pertanyaan?

Kami di SATU sedia membantu

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111