INTEGRITI &
GOVERNANS

UNIT INTEGRITI SATU

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) komited untuk mengamalkan tadbir urus terbaik, ketelusan dan integriti dalam setiap aspek pengoperasiannya. Selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri Siri 1 No. 1 Tahun 2018: Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah, Unit Integriti (UI) SATU telah ditubuhkan pada 30 November 2020 sebagai salah satu mekanisme utama dalam memperkukuh budaya integriti di organisasi.

Penubuhan UI bertujuan memastikan semua staf mengamalkan etika kerja yang unggul, berdisiplin dan mematuhi nilai moral yang kukuh.
"Integriti adalah asas kepada kepercayaan dan tadbir urus."

Kenyataan Polisi

Pernyataan Polisi Pernyataan Polisi
01 POLISI TIADA HADIAH
Penubuhan Polisi ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan dalam membuat keputusan bagi urusan semasa atau urusan yang berpotensi oleh syarikat serta menunjukkan komitmen pengurusan syarikat terhadap standard etika dan integriti yang tinggi.

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111