Berita SATU



MAKLUMAN LANTIKAN EJEN KUTIPAN HUTANG BAGI SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD (SATU)

MAKLUMAN LANTIKAN EJEN KUTIPAN HUTANG BAGI SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD (SATU)

  

 

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. telah melantik Syarikat Pasadana Sdn. Bhd.  dan Syarikat Harithna & Partners Sdn. Bhd. berkuatkuasa 20hb Mei 2019 sehingga 19hb April 2020 sebagai ejen kutipan hutang di daerah sebagaimana berikut:

Syarikat Pasadana

Sdn. Bhd.

Syarikat Harithna & Partners

Sdn. Bhd.

 Besut  Dungun
 Kuala Terengganu  Hulu Terengganu
 Marang  Kemaman
 Setiu  Ketengah

Tanggungjawab ejen kutipan hutang adalah:

  1. Menghubungi pengguna yang mempunyai bil tertunggak.
  2. Memberi peringatan berterusan kepada pengguna sehingga jumlah tertunggak dijelaskan.
  3. Ejen kutipan TIDAK dilantik untuk mengutip bayaran daripada pengguna. Bayaran boleh dibuat secara tunai DI KAUNTER SATU SAHAJA.

 

Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat bayaran dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil di atas kegagalan menjelaskan jumlah tertunggak. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi petugas SATU di talian 1-300-88-2111.

Sekian, terima kasih.

 

“TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

(IR. HAJI ATEMIN BIN SULONG)

Ketua Pegawai Eksekutif

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

MAKLUMAN PENAMATAN KUTIPAN BIL DUA HALA DI ANTARA SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD. (SATU) DAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

MAKLUMAN PENAMATAN KUTIPAN BIL DUA HALA DI ANTARA SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD. (SATU) DAN TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

 

 

 

Selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak TNB, bermula 01 Julai 2019, SATU tidak lagi menerima transaksi pembayaran bil elektrik TNB di kaunter SATU dan begitu juga sebaliknya.

 

Sebagai langkah alternatif, bayaran bil air (SATU) boleh dilakukan di tempat-tempat kutipan berikut:

 

Bil.

Pembayaran bil air (SATU)

1.

Kaunter SATU

2.

Pejabat POS

3.

Kaunter BSN & Outlet ejen bank BSN

4.

Mesin kiosk Paylink Global

5.

Perbankan internet (Maybank, CIMB, Bank Islam, Affin, Ambank, Agro Bank, Bank Rakyat, BSN, RHB, JomPay)

6.

Terminal Mobility One

 

Sekian, terima kasih.

 

“TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(IR. HAJI ATEMIN BIN SULONG)

Ketua Pegawai Eksekutif

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

VERSI TERKINI BORANG PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI AIR 20 METER PADU BAGI GOLONGAN MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH

Most Hit

MANIFESTO TERENGGANU 08

 

Memberi Bekalan Air Percuma 20 Meterpadu Kepada Golongan Miskin dan Berpendapatan Rendah

 

Klik Pautan Dibawah Untuk Memuat turun Borang  

BORANG PERMOHONAN BANTUAN SUBSIDI AIR 20 METER PADU BAGI GOLONGAN MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH PINDAAN MEI 2019

 

 

Makluman Penutupan Perkhidmatan Kaunter SATU dan Kiosk SATU di UTC Kuala Terengganu

Makluman Penutupan Perkhidmatan Kaunter SATU dan Kiosk SATU di UTC Kuala Terengganu

 

 

Untuk makluman, bermula 15 Mei 2019 semua perkhidmatan kaunter SATU dan kiosk SATU di UTC telah ditamatkan perkhidmatan.

 

Semua urusan aduan/pembayaran boleh terus ke kaunter SATU Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu.

 

Terima Kasih.

KENYATAAN MEDIA: Bekalan Air Percuma Kepada Golongan Berpendapatan Rendah - Kerajaan Negeri Komited Membantu Rakyat

Assalamualaikum w.b.t

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah setelah kerajaan negeri bertukar tampuk pemerintahan seusai pilihan raya umum ke-14 yang lalu, kerajaan negeri yang baharu ini telah pun mengumumkan pelaksanaan bekalan air percuma sejajar dengan apa yang ditawarkan menerusi manifesto PAS Terengganu yang ke-8. Manifesto tersebut jelas menyatakan bahawa bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.