MAKLUMAN LANTIKAN EJEN KUTIPAN HUTANG BAGI SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD (SATU)

MAKLUMAN LANTIKAN EJEN KUTIPAN HUTANG BAGI SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN BHD (SATU)

  

 

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. telah melantik Syarikat Pasadana Sdn. Bhd.  dan Syarikat Harithna & Partners Sdn. Bhd. berkuatkuasa 20hb Mei 2019 sehingga 19hb April 2020 sebagai ejen kutipan hutang di daerah sebagaimana berikut:

Syarikat Pasadana

Sdn. Bhd.

Syarikat Harithna & Partners

Sdn. Bhd.

 Besut  Dungun
 Kuala Terengganu  Hulu Terengganu
 Marang  Kemaman
 Setiu  Ketengah

Tanggungjawab ejen kutipan hutang adalah:

  1. Menghubungi pengguna yang mempunyai bil tertunggak.
  2. Memberi peringatan berterusan kepada pengguna sehingga jumlah tertunggak dijelaskan.
  3. Ejen kutipan TIDAK dilantik untuk mengutip bayaran daripada pengguna. Bayaran boleh dibuat secara tunai DI KAUNTER SATU SAHAJA.

 

Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat bayaran dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil di atas kegagalan menjelaskan jumlah tertunggak. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi petugas SATU di talian 1-300-88-2111.

Sekian, terima kasih.

 

“TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

(IR. HAJI ATEMIN BIN SULONG)

Ketua Pegawai Eksekutif

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.


Cetak   Emel