PENJELASAN SATU BERKAITAN BIL AIR TINGGI BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP)

PENJELASAN SATU BERKAITAN BIL AIR TINGGI BAGI TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP)

 1. Penggunaan air sememangnya tinggi di sepanjang tempoh PKP disebabkan oleh:-

 

        i. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menetapkan semua penduduk berada di rumah sepanjang masa di mana semua sekolah, asrama dan premis perniagaan ditutup serta premis kerajaan beroperasi secara minima menyebabkan penggunaan air lebih tinggi kerana penggunaan secara total tertumpu kepada premis kediaman sahaja

        ii. Tambahan pula, SOP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan penduduk supaya lebih kerap menjaga kebersihan diri dan tangan juga adalah faktor tambahan kepada penggunaan air yang tinggi di premis kediaman.

        iii. Untuk bil air, pengguna akan melihat penggunaan air lebih tinggi disebabkan oleh caj yang dikenakan adalah bagi tempoh penggunaan air untuk dua (2) bulan iaitu untuk Mac hingga Mei. Walaupun dicaj bagi tempoh penggunaan dua (2) bulan, sistem mengambil kira secara purata untuk tempoh satu bulan dan pengiraan ini lebih menguntungkan pengguna.

        iv. Caj IWK pula diletakkkan secara berasingan di dalam bil yang sama. Ada dua (2) kategori Domestik iaitu:-

               1. RM 2.00/sebulan

               2. RM 8.00/sebulan

 

2. Sebarang pertanyaan berkaitan bil air SATU, pengguna boleh menghubungi talian 1-300-882-111 atau 15511 atau datang ke kaunter perkhidmatan SATU di daerah masing-masing.

 

DIKELUARKAN OLEH SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD

TARIKH: 19 MEI 2020


Cetak   Emel