Media SATU

Image

Karnival Sukan SATU (SUKAS) 2024

 
Buat julung-julung kalinya, SATU melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan SATU telah menganjurkan Karnival Sukan SATU (SUKAS) 2024 yang berlangsung dengan meriah di Universiti Malaysia Terengganu baru-baru ini. Ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat serta menggalakkan penyertaan dalam pelbagai aktiviti sukan.

Antara acara sukan yang dipertandingkan termasuk e-sports, badminton, bola sepak, catur, bola jaring, dan pelbagai aktiviti menarik lain. Keterlibatan dalam sukan ini bukan sahaja dapat membina semangat berpasukan, tetapi juga memberi peluang kepada warga kerja SATU untuk mengetengahkan bakat-bakat sukan mereka.

Majlis penutup yang gilang-gemilang telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts Hj Abdul Karim bin Endut. Dalam majlis tersebut, kontinjen SATU Kuala Terengganu telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan, dengan pencapaian cemerlang meraih 3 pingat emas, 3 pingat perak, dan 2 pingat gangsa. Naib Juara Keseluruhan diraih oleh kontijen SATU Ibu Pejabat, manakala tempat ketiga disandang oleh kontinjen SATU Setiu.

Penghargaan khusus diucapkan kepada semua peserta dan penyokong atas semangat dan dedikasi yang telah ditunjukkan. Ayuh kita bersama-sama tingkatkan usaha bagi memajukan sukan dalam kalangan masyarakat khususnya rakyat Terengganu bagi membina Malaysia yang lebih sihat.

 
 

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111