Maklumat Am
Tanggungjawab Pengguna
Menyelenggara sistem paip dalaman rumah
Menyelenggara sistem paip dalaman rumah dengan menggunakan khidmat tukang paip berlesen bagi memastikan tiada kebocoran dalaman.
Menyelenggara tangki air dalaman
Menyelenggara tangki air dalaman untuk memastikan tangki sentiasa bersih dan bebas dari sebarang kekotoran.
Membayar bil
Membayar bil mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Mengemaskini Maklumat Pengguna
Sekiranya pemilik akaun meninggal dunia atau berlaku pertukaran pemilik akaun, waris atau pentadbir perlu hadir ke pejabat SATU untuk mengemaskini maklumat terkini akaun tersebut.
Laporan kerosakan awam
Melaporkan sebarang masalah berkaitan air termasuklah paip bocor, pecah, kualiti air dan lain-lain.
Laporan salah laku
Melaporkan sebarang aktiviti atau kegiatan mencuri air.
Pengoptimuman penggunaan air
Menggunakan air secara cermat, berhemah dan mengelakkan pembaziran.