KADAR PERKHIDMATAN BEKALAN AIR

PENERANGAN JENIS PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI

DOMESTIK

Image
  • Bekalan air melalui meter individu atau meter petak ke premis atau unit kediaman.

DOMESTIK PUKAL

Image
  • Bekalan air melalui meter pukal ke bangunan kediaman bertingkat tinggi, komuniti berpagar, kuarters estet dan kuarters Kerajaan.

BUKAN DOMESTIK

Image
  • Premis komersial, industri, perdagangan, perniagaan, kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, hospital, perusahaan pemprosesan air (termasuk kios air), perladangan dan perkebunan.

RUMAH IBADAT DAN INSTITUSI KEBAJIKAN

Image
  • Rumah Ibadat yang pembinaannya diluluskan oleh kerajaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau pengoperasiannya diluluskan oleh badan keagamaan berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan bagi memberikan kelulusan rumah ibadat.
  • Institusi Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau diberikan pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau diiktiraf oleh kerajaan sebagai sebuah Institusi Kebajikan.

PERKAPALAN

Image
  • Bekalan air untuk kegunaan di atas kapal yang berlabuh di Pelabuhan.

PUSAT DATA

Image
  • Premis yang digunakan secara khusus untuk menempatkan peralatan dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi secara berpusat bagi maksud mengurus data termasuk menyimpan, mengumpul, memproses atau mengagih data.

JADUAL KADAR TARIF

Berkuat Kuasa 1 Ogos 2025

JENIS PENGGUNAAN

Penggunaan

(m³)

Tarif Baharu

(RM/m³)
Domestik (Meter Individu)
0 - 20 m³
0.66
>20 - 35 m³
1.69
>35 m³
2.25
Kadar Minimum
6.60
Bukan Domestik
0 - 35 m³
2.21
>35 m³
2.25
Kadar Minimum
22.10
Domestik (Meter Pukal)
Kadar Rata
2.25
Kadar Minimum
22.50
Rumah Ibadat & Institusi Kebajikan
Kadar Rata
0.74
Kadar Minimum
7.40
Perkapalan
Kadar Rata
8.01
Kadar Minimum
80.10
Pusat Data
Kadar Rata
5.31
Kadar Minimum
53.10

Nota: -

  1. Masjid dan Surau yang tidak berdaftar dengan JHEAT akan mendapat subsidi Kerajaan Negeri sebanyak 50m3 pertama.

  2. Masjid dan Surau yang berdaftar dengan JHEAT akan mendapat subsidi Kerajaan Negeri bagi setiap meter padu (m3) penggunaan.

  3. Penerima subsidi masih dikenakan Caj Elektrik bagi setiap meter padu (m3) penggunaan.

Cara Pengiraan Bil Anda

Para pengguna boleh mendapatkan anggaran bil baharu dengan menggunakan kalkulator bil berdasarkan penggunaan semasa.

Kalkulator Bil Air

Kalkulator Bil Air

Kira anggaran bil anda dengan memasukkan jumlah penggunaan air (m3) bulanan. Kalkulator ini tersedia bagi kategori penggunaan seperti berikut:

  1. Domestik (Meter Individu)
  2. Domestik (Meter Pukal)
  3. Bukan Domestik
  4. Rumah Ibadat dan Institusi Kebajikan
  5. Perkapalan
  6. Pusat Data
Jumlah Bil
RM 0.00
*Anggaran berdasarkan penggunaan
Jalur Kadar (RM) Jumlah (RM)
*Kadar yang ditunjukkan adalah sebelum pelarasan penggenapan.
  1. Kalkulator ini hanya memberi anggaran bil berdasarkan tempoh kitaran bil yang biasa.
  2. Pengiraan ini hanya untuk mengambilkira penggunaan air anda. Pengiraan ini tidak termasuk caj lain yang mungkin terdapat di dalam bil anda sebelum ini seperti jumlah tunggakan, pemberian subsidi bagi yang layak dan caj-caj lain.
01
Bil bulan Ogos 2025 akan merangkumi kadar tarif lama dan baharu bergantung pada kitaran pengebilan anda.
02
Kalkulator ini hanya memberikan anggaran bil berdasarkan tempoh kitaran bil yang biasa.
03
Pengiraan ini hanya mengambilkira penggunaan air anda. Ianya tidak termasuk caj lain yang mungkin terdapat di dalam bil anda sebelum ini seperti jumlah tunggakan, pemberian subsidi bagi yang layak dan caj lain (sekiranya ada).

Maklumat Tambahan

Ada sebarang pertanyaan?

Kami di SATU sedia membantu

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111