Visi & Misi SATU

VISI
Memenuhi semua keperluan perkhidmatan air anda.
MISI
Memenuhi kepuasan pengguna secara konsisten dengan menyediakan perkhidmatan yang efisien, berkesan dan dipercayai.

/ Nilai Teras

Nilai teras adalah nilai utama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga kerja SATU bagi memberikan perkhidmatan terbaik. Sebagai SATU pasukan yang berintegriti dan profesional, kita memegang amanah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

S

Satu Team

I

Integriti

K

Khidmat Terbaik

A

Akauntabiliti

P

Profesionalisme

Selain dari aktiviti utama membekal air bersih yang berterusan kepada pengguna, SATU akan terus meningkatkan perkhidmatan untuk :

  • Memperbaiki dan menaikkan lagi taraf bekalan air di Negeri Terengganu Darul Iman.
  • Memenuhi keperluan air untuk semua pengguna.
  • Merancang awal untuk memenuhi keperluan air masa depan.
  • Menyedia perkhidmatan yang lebih responsif dan mengutamakan pelanggan.
  • Mengurus perbekalan air secara berkesan serta pengawalan kehilangan air tidak terakaun.
  • Menyokong pembangunan mampan.
  • Mengambil berat dan memelihara alam sekitar.
  • Mendidik masyarakat mengenai kepentingan menghargai dan penjimatan air.
Kami Bertanggungjawab Menyediakan Bekalan Air Bersih Yang Bermutu Kepada Pengguna Dan Sebagai Balasan Pengguna Pula Membantu Meningkatkan Jualan Kami.
  • Membekalkan air bersih yang berkualiti dan mencukupi kepada semua pengguna.

  • Pemasangan meter air baru akan dibuat dalam masa satu(1) hari bekerja selepas wang cagaran diterima.

  • Semua pertanyaan mengenai bil-bil akan dijawab dalam tempoh tidak melebihi satu(1) hari.

  • Meter air yang telah dipotong sambungannya akan disambung dalam masa tidak melebihi satu(1) hari selepas pembayaran untuk sambungan semula dan tunggakan dijelaskan.

  • Wang cagaran atau bakinya akan dipulang balik kepada pengguna dalam masa tiga puluh(30) hari melalui cek setelah notis untuk menamatkan perkhidmatan diterima.

  • Catuan atau gangguan bekalan air berjadual akan diberitahu selewat-lewatnya dua(2) hari sebelum ianya dijalankan.

  • Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi satu(1) hari untuk memperbaiki paip utama yang pecah setelah aduan diterima.

  • Tindakan akan diambil tidak melebihi dua(2) hari untuk membaiki paip perhubungan yang bocor setelah aduan diterima.

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111