Polisi Aplikasi MySATU

Dasar Privasi
Aplikasi mudah alih MySATU dimiliki secara penuh oleh SATU. Ia disediakan kepada pengguna tanpa kos dan bertujuan untuk digunakan sebagaimana adanya.
Halaman ini digunakan untuk memaklumkan pelawat laman web berkenaan dasar kami dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi jika sesiapa memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan kami.


Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini, maka anda bersetuju dengan menerima pengumpulan dan penggunaan maklumat yang berkaitan dengan dasar ini. Maklumat peribadi yang kami kumpulkan digunakan untuk menyediakan dan menambah baik dari segi faktor perkhidmatan. Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi maklumat anda dengan sesiapa kecuali seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.
Istilah yang digunakan dalam Dasar Privasi ini mempunyai maksud yang sama seperti dalam Terma dan Syarat kami, yang boleh diakses di aplikasi mudah alih MySATU melainkan ditakrifkan sebaliknya dalam Dasar Privasi ini.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Untuk pengalaman yang lebih baik semasa penggunaan aplikasi MySATU, kami mungkin memerlukan pengumpulan dan penggunaan maklumat tertentu dari anda supaya dikenal pasti secara peribadi.
Maklumat yang kami minta akan disimpan oleh kami secara selamat dan digunakan seperti yang diterangkan dalam dasar privasi ini.
Aplikasi ini menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin mengumpul maklumat yang digunakan untuk mengenal pasti anda. Di bawah kami sertakan pautan ke dasar privasi penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan oleh aplikasi MySATU

Log Data

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa apabila anda menggunakan MySATU, sekiranya berlaku ralat dalam aplikasi, kami mengumpul data dan maklumat (melalui produk pihak ketiga) pada telefon anda yang dipanggil Data Log.

Data Log ini mungkin termasuk maklumat seperti alamat Protokol Internet (“IP”) peranti anda, nama peranti, versi sistem pengendalian, konfigurasi aplikasi semasa menggunakan MySATU, masa dan tarikh penggunaan perkhidmatan dan statistik lain .

Cookies

Cookies ialah fail dengan sejumlah kecil data yang biasanya digunakan sebagai pengecam unik tanpa nama. Maklumat ini dihantar ke penyemak imbas peranti anda daripada laman web yang anda lawati dan disimpan pada memori dalaman peranti anda.

MySATU tidak menggunakan cookies  secara eksplisit. Walau bagaimanapun, aplikasi ini mungkin menggunakan kod pihak ketiga dan pengumpulan maklumat yang menggunakan Cookies untuk meningkatkan perkhidmatan mereka kepada anda.

Anda mempunyai pilihan untuk sama ada menerima atau menolak cookies ini dan mengetahui bila cookies dihantar ke peranti anda. 

Pembekal perkidmatan

Kami mungkin memerlukan syarikat dan individu pihak ketiga atas sebab-sebab berikut:

  • Untuk memudahkan lagi perkhidmatan
  • Untuk menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami
  • Untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan Perkhidmatan; atau
  • Untuk membantu kami menganalisis cara perkhidmatan digunakan

Kami ingin memaklumkan kepada pengguna MySATU bahawa pihak ketiga ini mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda. Hal ini adalah untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka bagi pihak kami. Walau bagaimanapun, mereka bertanggungjawab untuk tidak mendedahkan atau menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan lain.

Keselamatan

Kami menghargai kepercayaan anda dalam memberikan kami mengendali maklumat peribadi anda, oleh itu kami berusaha untuk menggunakan dengan cara yang boleh diterima secara komersial bagi melindunginya. Tetapi kita harus sedia maklum bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet, atau kaedah storan elektronik adalah 100% selamat dan boleh dipercayai, dan kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya.

Pautan Ke Laman Lain

Perkhidmatan ini mungkin mengandungi pautan ke laman lain. Jika anda mengklik pada pautan pihak ketiga, anda akan diarahkan ke laman tersebut. Ambil perhatian bahawa laman luar ini tidak dikendalikan oleh kami. Oleh itu, kami amat menasihati anda untuk menyemak Dasar Privasi laman web tersebut. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas dan tidak bertanggungjawab laman atau perkhidmatan pihak ketiga.

Privasi Kanak-Kanak

Perkhidmatan ini tidak menangani sesiapa di bawah umur 13 tahun. Kami tidak mengumpul maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Sekiranya kami mendapati bahawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun telah memberikan maklumat peribadi kepada kami, kami segera memadamkannya daripada server kami. Jika anda seorang ibu bapa atau penjaga dan anda sedar bahawa anak anda telah memberikan kami maklumat peribadi, sila hubungi kami supaya kami dapat melakukan tindakan yang perlu.

Perubahan kepada Dasar Privasi Ini

Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala untuk sebarang perubahan. Kami akan memberitahu anda tentang sebarang perubahan dengan menyiarkan Dasar Privasi baharu pada halaman ini. Perubahan ini berkuat kuasa serta-merta selepas ia disiarkan di halaman ini.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan tentang Dasar Privasi kami, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di sini:

1-300-88-2111

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111