Privasi & Polisi
NOTIS PRIVASI
Para Pelanggan yang kami hargai,
Notis ini bertujuan mematuhi kehendak penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi memaklumkan hak-hak pengguna ke atas data-data peribadi (“Data Peribadi”) yang telah dan akan pengguna berikan kepada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd bagi tujuan bekalan air.
DATA PERIBADI PENGGUNA
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan memproses data peribadi berikut seperti yang diberikan oleh pengguna kepada pihak Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) atau wakilnya di dalam borang bagi proses bekalan air:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan / passport
- Maklumat perhubungan; alamat premis bekalan,
- Butiran terperinci seperti alamat surat menyurat, no. telefon bimbit, no. telefon, no. faks dan alamat e-mail
- Maklumat akaun bil air
- Lain-lain data peribadi yang diperolehi dari dokumen perundangan termasuk Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewaan, Surat kuasa Mentadbir, Sijil Pengesahan Wasiat, Surat Kuasa Wakil, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian
PEMPROSESAN DATA PERIBADI PENGGUNA
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan memproses data peribadi pengguna bagi tujuan berikut:
- Membekalkan air untuk premis pengguna dan lain-lain perkhidmatan.
- Menyerahkan bil berkaitan ke premis
- Menyenggara pangkalan data dan proses-proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan
- Membangunkan dan menyenggarakan sistem bekalan air
- Mendapatkan wang yang kena dibayar dan pemulihan bayaran
- Menjalankan penguatkuasaan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
- Berkomunikasi dengan pengguna.
Data peribadi dan maklumat pengguna sangat diperlukan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) agar tidak menjejaskan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan seperti dinyatakan di atas.
PENZAHIRAN DATA PERIBADI
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mungkin akan menzahirkan data peribadi pengguna kepada pihak-pihak seperti di bawah bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan-
- Pembekal perkhidmatan / Tukang Paip;
- Ejen Pemungut Hutang;
- Pembekal perkhidmatan pemprosesan data;
- Operator perkhidmatan air lain;
- Operator perkhidmatan pembentungan;
- mana-mana badan perundangan (regulatory bodies) atau agensi penguatkuasaan undang-undang atau perseorangan yang berhak melalui perintah mahkamah atau proses undang-undang;
- Peguam yang dilantik untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta syarikat, kakitangannya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan/atau kumpulan syarikatnya.
AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN
Pengguna boleh pada bila-bila masa mengemukakan permohonan bertulis meminta akses kepada, membuat pembetulan, atau menghadkan pemprosesan terhadap Data Peribadi atau untuk apa-apa aduan ke premis SATU yang berdekatan atau menghubungi talian kami di talian 09-621411.
Sebarang permohonan akses atau pembetulan data peribadi adalah tertakluk kepada fi dan keperluan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
ENG
PRIVACY NOTICE
Dear Valued Customer,
PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 (“Act”)
This notice serves to comply with the Act and to inform you on your rights regarding your personal data which has been and might be surrendered to Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) for the application of water supply.
DATA SUBJECTS’ PERSONAL DATA
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) will process the following personal data surrendered by you or your authorized representative as provided in the relevant forms for the water supply agreement:
- Name;
- Identification card or Passport number;
- Premise address where water will be supplied;
- Contact details such as correspondence address, mobile phone number, telephone number, facsimile number and email address;
- Account Details for Water Supply; and
- Personal Data derived from any legal documents given by you including but not limited to Sale & Purchase Agreement, Tenancy Agreement, Letter of Administration, Grant of Probate, Power of Attorney, Birth Certificate and Death Certificate.
DATA SUBJECTS’ PERSONAL DATA PROCESSING
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) will process your personal data for the following purposes:
- Supply of water and any other related services;
- Delivery of related bills to your premise;
- For maintenance of consumer database and customer service-related process;
- For developing and maintaining water supply system;
- For bill payment processing and recovery of payment due;
- For enforcement of law under Water Services Industry Act 2006; and
- Communicating with you.
DISCLOSURE OF PERSONAL DATA
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) might disclose your personal data to third parties (including those located overseas) from different group of class which are classified as follows:
- Contractors / plumbers;
- Debt collecting agencies;
- Data processing service provider;
- Other water licensee;
- Sewerage services licensee;
- Any regulatory body or law enforcement agency, or any person entitled to it by virtue of a Court Order or legal process; and
- Lawyers appointed to defend and protect the rights and property of the Data User or its personnel.
ACCESS, AMENDMENT AND COMPLAINT
You may at any time, in writing, apply for an access, make amendment/correction, or limit the processing on your Personal Data or lodge any complaint by visiting the nearest SATU premises or contacting our line at 09-621411.
Any request for access to or correction of personal data is subject to fees and compliance with the Personal Data Protection Act 2010.
BM