Media SATU

Loji Rawatan Air Bukit Berapit - (Projek Kuala Terengganu Utara)
Loji rawatan air Bukit Bukit merupakan loji rawatan air terbaru yang telah mula dioperasikan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd bermula bulan November 2022. Pembinaan LRA ini telah dimulakan pada 31 Julai 2017 dengan keupayaan rekabentuk 120JLH bertujuan untuk memenuhi keperluan bekalan air terawat daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan sebahagian keperluan daerah Setiu. Dari sudut kepenggunaan semasa, LRA ini memenuhi keperluan air terawat untuk 160,000 pengguna semasa dan berupaya memenuhi keperluan sehingga 480,000 pengguna di masa hadapan.
Pembinaan projek LRA Bukit Berapit ini merupakan sebahagian daripada komponen utama projek bekalan air Kuala Terengganu Utara (KTU) dengan nilai perbelanjaan keseluruhan projek KTU sebanyak RM1.3 bilion. Komponen-komponen utama pembinaan LRA Bukit Berapit ini merangkumi :-
Pembinaan muka sauk berkapisiti 140 JLH di Pulau Bahagia
• Pembinaan 11km paip air mentah berdiameter 1400mm dari Pulau Bahagia ke LRA Bukit Berapit
• Pembinaan LRA berkapisiti 120 JLH
• Sistem paip agihan utama
• Sistem telemetri dan kawalan kualiti secara “online
LRA Bukit Berapit ini dilengkapi dengan pusat kawalan telemetri yang dipantau secara ‘real time’ membolehkan pengoperasian LRA dikawal selia secara effisyen dan bersepadu.
LRA Bukit Berapit ini turut satu penyelesaian kepada gangguan penerobosan air masin di Sungai Terengganu. Penerobosan air masin di muka sauk Pulau Musang, akan menjejaskan operasi LRA Losong, seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan air terawat kepada sebahagian besar pengguna di Kuala Terengganu. Kehadiran air masin di muka sauk Pulau Musang boleh berlaku apabila ada kombinasi musim kemarau dan air pasang besar pada masa yang sama.
Dengan pengoperasian LRA Bukit Berapit, SATU boleh mengagihkan air terawat dari LRA ini, terus ke LRA Losong dan seterusnya diagihkan ke kolam-kolam imbangan Kuala Terengganu, untuk memastikan keperluan pengguna tidak terjejas walaupun muka sauk LRA Losong dihenti tugas akibat penerobosan air masin. Ini adalah misi SATU dalam memastikan bekalan air terawat yang menepati keperluan kualiti secara berterusan kepada pengguna.