Media SATU

Image

SATU menyertai Minggu HSSEQ 2024 yang dianjurkan oleh EPIC Berhad

 
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) berbesar hati untuk menyertai Minggu HSSEQ 2024 yang dianjurkan oleh EPIC Berhad . Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mempromosikan budaya tatakerja yang memenuhi aspek kesihatan, keselamatan, alam sekitar, dan kualiti.

Majlis penutup HSSEQ 2024 yang telah diadakan di Annex Building KSB, EPIC Kemaman ini telah dirasmikan oleh Hj Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, dengan diiringi oleh Dato’ Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu serta Ts. Haji Mukhtar Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad. Turut hadir dalam majlis berkenaan, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Pengarah EPIC Berhad, ⁠YB Ir. Ts. Khairil Nizam bin Khirudin, Ahli Parlimen Jerantut merangkap Pengarah EPIC Berhad dan Tuan Ir. Haji Noorazman Soud, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Negeri Terengganu.

SATU komited untuk menyokong inisiatif ini kerana kami percaya bahawa lingkungan kerja yang selamat dan sihat adalah asas kepada produktiviti dan kesejahteraan pekerja. Kami percaya bahawa dengan komitmen bersama, kita dapat mempersiapkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan mampan untuk semua.

 
 

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111