Media SATU

Penganugerahan Tauliah Mejar Kehormat kepada CEO SATU
Sekalung tahniah diucapkan kepada Mej (K) Ts Hj Abdul Karim Endut atas penganugerahan tauliah Mejar (Kehormat) Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu.
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela, Pegawai Tauliah Kehormat dan Pegawai Tauliah Baharu Askar Wataniah yang diadakan di Kuala Lumpur itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.






