Media SATU

Image

SATU meraih Top CSR Contributor 2023 Gold Award di CDP 2024

SATU amat berbesar hati menerima penghargaan Top CSR Contributor 2023 Gold Award pada majlis Terengganu Inc Group Corporate Directors Programme 2024 (CDP 2024) di Duyung Marina Resort, semalam. Sebelum ini, SATU juga telah merangkul anugerah berprestij sama pada CDP 2022.

Bagi tahun 2023, SATU telah menyumbangkan sejumlah RM 2.4 Juta bagi pelbagai kategori tanggungjawab sosial korporat termasuklah komuniti, pendidikan, sukan, keagamaan dan pelbagai lagi kategori yang memberi manfaat signifikan kepada masyarakat khususnya buat rakyat Terengganu.
 
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Sir Dr Jeffrey Cheah, Pengasas & Pengerusi Sunway Group; Y. Bhg. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, Pengasas & Pengerusi Weststar Group of Companies;, dan Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Saban tahun SATU telah membantu masyarakat melalui pelbagai inisiatif CSR termasuklah subsidi air bagi masjid & surau berdaftar di seluruh negeri Terengganu, subsidi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan banyak lagi program yang diadakan sepanjang tahun.

Pencapaian ini menjadi pemangkin semangat buat SATU untuk terus menyumbang kepada komuniti dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Lokasi SATU HQ

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Pautan

Hubungi Kami

OPERATOR HQ

SATU CARELINE
(8.00am - 8.00pm)
1-300-88-2111