Media SATU

SATU sumbang Air Mineral ke Masjid-Masjid sempena Ramadan 1445H 2024
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) kekal komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat menerusi program pengagihan air mineral percuma. Sebanyak 50,000 botol air mineral telah berjaya diagihkan di masjid-masjid di daerah Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Kemaman, Setiu dan Besut.
Program air percuma ini melibatkan lebih 30 buah masjid-masjid utama di seluruh Negeri Terengganu. Dalam pada itu, SATU juga telah memperuntukkan sebanyak RM 20,000 bagi meneruskan inisiatif air percuma ini sepanjang bulan Ramadan.




