Media SATU





SATU Anugerah CGSO Loji Rawatan Air Bukit Sah & Hulu Terengganu
SATU Catat Pencapaian Cemerlang Pemarkahan Bintang CGSO di Loji Rawatan Air
Kuala Terengganu – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mencatat pencapaian membanggakan apabila dua Loji Rawatan Air (LRA) milik syarikat memperoleh pengiktirafan dalam Pemarkahan Bintang CGSO Tahun 2025.
Dalam penilaian tersebut, Loji Rawatan Air Bukit Sah berjaya meraih Pemarkahan Lima Bintang, manakala Loji Rawatan Air Hulu Terengganu memperoleh Pemarkahan Empat Bintang, sekali gus membuktikan tahap keupayaan operasi SATU yang konsisten dan berdaya saing.
Pencapaian ini dicapai melalui pendekatan pengurusan yang tersusun, pelaksanaan kawalan operasi yang berkesan serta kerjasama berterusan dengan pihak agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan CGSO dilaksanakan secara menyeluruh.
Pemarkahan bintang CGSO menjadi penanda aras penting keupayaan SATU dalam mengurus risiko operasi dan keselamatan, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan air yang selamat dan berkualiti kepada rakyat Terengganu.
Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut, berkata pencapaian tersebut mencerminkan keupayaan organisasi untuk berkembang secara mampan melalui tadbir urus yang berkesan.
“Pengiktirafan ini menunjukkan komitmen SATU dalam melaksanakan keperluan CGSO secara konsisten di setiap peringkat operasi. Kejayaan ini wajar dijadikan asas untuk terus memperkukuh prestasi dan sistem pengurusan sedia ada,” katanya.
Pencapaian ini selari dengan visi SATU untuk menjadi organisasi utiliti air yang dipercayai dan berdaya maju. SATU akan terus memperkukuh amalan terbaik serta meningkatkan kecekapan pengurusan keselamatan di semua instalasi operasi demi memenuhi keperluan rakyat Terengganu secara berterusan.
