Media SATU

SATU Majlis Penyerahan Tajaan Pasukan Rugby Terengganu 2026
Majlis Penyerahan Tajaan dan Kenderaan Rasmi Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) bagi tahun 2026 telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu.
Sebagai salah satu penaja bagi musim 2026, Syarikat Air Terengganu (SATU) amat berbesar hati dapat menyalurkan sokongan dan sumbangan buat Pasukan Ragbi Negeri Terengganu. Penajaan strategik ini adalah manifestasi jelas SATU dalam memajukan landskap sukan negeri serta membangunkan bakat pemain tempatan.
Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut, bersama barisan penaja lain bagi menzahirkan sokongan menyeluruh terhadap kecemerlangan pasukan negeri.
Melalui tajaan ini, SATU berharap agar Pasukan Ragbi Negeri Terengganu akan terus mengorak langkah mendominasi persada sukan, sekali gus melakar kejayaan yang membanggakan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.




