Media SATU






SATU Program Ibadah Korban 2026
Syarikat Air Terengganu (SATU) terus mengukuhkan komitmen terhadap komuniti dan warga kerja menerusi penganjuran Program Ibadah Korban SATU 2026 yang berlangsung kelmarin di Pejabat SATU Daerah Dungun.
Inisiatif anjuran bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) serta Bahagian Kewangan & Korporat SATU ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Haji Abdul Karim bin Endut.
Sepanjang program, warga kerja SATU berganding bahu melancarkan kelolaan ibadah korban yang merangkumi proses sembelihan, melapah, dan pengagihan daging.
Bagi menyantuni komuniti setempat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), daging korban turut diagihkan secara terus kepada golongan asnaf di kawasan sekitar. Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif bersama pihak KSKK turut turun padang mengedarkan sumbangan kepada orang awam dan pengguna lalu lintas di sekitar lokasi program.
Sekalung penghargaan buat semua jawatankuasa, warga SATU, dan KSKK yang terlibat secara langsung. Semoga ibadah korban ini menjadi asbab kebaikan, keberkatan, dan merapatkan lagi silaturahim antara SATU dan komuniti setempat.
