Berita SATU



ABDUL KARIM ENDUT DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BARU

ABDUL KARIM ENDUT DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BARU

Kuala Terengganu, 30 Ogos 2021 – Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd (SATU) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Abdul Karim Endut yang berkuat kuasa pada 1 September 2021.

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, SATU berkata, pelantikan Abdul Karim Endut, 51 adalah bagi menggantikan Ir Hj Atemin bin Sulong yang tamat tempoh perkhidmatan pada 24 Julai 2021. Abdul Karim telah menjawat pelbagai jawatan kanan di konglomerat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan. Beliau mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam Pengurusan Operasi Perkhidmatan Air, Teknikal dan Penyelenggaran Air, Pengagihan dan Pengurusan Loji Rawatan Air.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan Bahan (Chemistry-Polymer) dari Henri Poincare Universiti, Nancy-I, France pada tahun 1993 dan Ijazah Kejuruteraan Bahan (major in Organic Chemistry).

Sebelum dilantik menerajui Syarikat Air Terengganu Sdn.Bhd. (SATU), Abdul Karim adalah Ketua Perkhidmatan Operasi yang mengawal selia perkhidmatan kejuruteraan dan pengurusan aset termasuk pengurusan strategik-energy management dan asset management system di Air Selangor. Beliau juga telah berkhidmat di beberapa syarikat korporat yang lain antaranya Konsortium Air Selangor di bawah KDEB Group, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS), dan ONDEO Services(M), SUEZ Group.

Mengulas mengenai perlantikan beliau, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang juga merupakan Pengerusi SATU berkata bahawa beliau mengalu-alukan pelantikan Abdul Karim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. “Saya yakin beliau berupaya menerajui SATU ke arah perubahan pengoperasian dan amalan yang lebih baik serta berkesan lalu mampu menjadikan SATU sebagai sebuah syarikat korporat terbaik di negeri Terengganu ”, katanya dalam kenyataan itu.

 


 

(Mengenai Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.)

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), merupakan anak syarikat Kumpulan Terengganu Inc yang telah ditubuhkan pada 18 November 1997. SATU berhasrat untuk menjadi pembekal air utama di negeri Terengganu dan mengekalkan air bersih yang berkualiti serta berterusan menambah baik kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan permintaan pengguna.

SATU turut menguruskan bekalan air secara efektif dan mengawal kerugian non- revenue water (NRW). SATU turut menyokong perkembangan pemeliharaan alam sekitar serta mendidik komuniti mengenai kepentingan menghargai air dan penjimatan air.

Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web www.satuwater.com.my atau hubungi Osman Mohd 019-9891988 / faxs: 09-6201104.

 

 

Apa Khabar Warga KASA : Siri 17 (Kecurian Air)

 
Apa Khabar Warga KASA : Siri 17 (Kecurian Air)
 #apakhabarwargakasa
‘Mencuri air bukan dosa kecil, besar dosa curi air ini’.
Perkongsian saya minggu ini di bawah Program Apa Khabar Warga KASA. Jemput tonton dan dengar video penuh Siri 17 ‘Kecurian Air’ di Channel YouTube saya ---->> https://www.youtube.com/watch?v=yb01jJL6rD0
--------------------------------------
/// SILAKAN LIKE DAN SUBSCRIBE
 

NOTIS MAKLUMAN: PEMBERIAN DISKAUN BIL AIR BAGI INDUSTRI PELANCONGAN

NOTIS MAKLUMAN: PEMBERIAN DISKAUN BIL AIR BAGI INDUSTRI PELANCONGAN
 
1.Diberikan kepada penggiat industry pelancongan seperti hotel, resort dan chalet.
2.Diskaun bil air bermula Februari 2021 hingga Julai 2021.
3.Tempoh diskaun selama enam (6) bulan.
4.Diskaun bagi setiap 50m3 pertama setiap bulan.
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Careline 1-300-88-2111 atau 09-6214111.
 

NOTIS MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA BERKENAAN LANTIKAN EJEN KUTIPAN HUTANG

NOTIS MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA BERKENAAN LANTIKAN EJEN KUTIPAN HUTANG

 

Berkuatkuasa dari 01hb Disember 2020 sehingga 30hb November 2021, pihak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah melantik PASADANA SDN. BHD. dan DELEGASI ARIF SDN. BHD. sebagai wakil Agensi Kutipan Hutang di daerah-daerah yang terlibat sebagaimana berikut:

 

Pasadana Sdn. Bhd.

Delegasi Arif Sdn. Bhd.

Dungun

Besut

Hulu Terengganu

Kuala Terengganu

Kemaman

Marang

Ketengah

Setiu

 

  1. Ejen ini akan bertanggungjawab untuk:
    1. Menghubungi pengguna yang mempunyai bil tertunggak,
    2. Memberi peringatan berterusan kepada pengguna sehingga jumlah tertunggak dijelaskan,
    3. Ejen kutipan hutang TIDAK dilantik untuk mengutip bayaran daripada pengguna.

 

  1. Akaun yang terlibat dalam kutipan hutang adalah:
    1. hutang usianya melebihi daripada satu(1) tahun,
    2. akaun berstatus tidak aktifyang berdeposit sifar (rampas deposit),
    3. akaunjumlah tunggakan melebihi RM10 dan keatas dan dikutip bersama Bil Merah dan GST.

 

Justeru itu, mana-mana akaun yang terlibat dalam kutipan hutang, pengguna tersebut akan menerima panggilan masuk, surat notis peringatan atau lawatan lapangan daripada wakil Agensi Kutipan Hutang SATU bermula dari 01 Disember 2020.

 

Para pengguna dikehendaki membuat bayaran dengan KADAR SEGERA melalui pilihan bayaran berikut:

  1. kaunter bayaran pusat khidmat pelanggan SATU,
  2. POS Malaysia,
  3. ejen-ejen bank berdaftar,
  4. mesin ATM,
  5. JomPAY atauperbankan internet 

*tanpa perlu membuat pembayaran melalui wakil Agensi Kutipan Hutang.

 

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi petugas SATU ditalian 1-300-88-2111.

 

 

 


Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd

Jalan Sultan Ismail,

20200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Lokasi Kami (HQ)